http//: irra harahap@blogspot.com

mencari CINTA sejati bagi menerangi kegelapan hati .. meminta simpati pada yang sudi memberi .. merindu pada mereka yang tidak memahami .. memohon RESTU pada yang mungkin tidak mengenali .. terima kasih atas segala kesaakitan .. semua akan terbalas kerana TUHAN sentiasa di sisi .. In Shaa Allah :)

Sunday, 9 December 2012

pengaruh wanita


dear blog 
jangan cakap IRRA buang tebiat plak ek .. asyik post something like this .. just nak tahu gak .. so , kita share kan .. layannn
Al-Quran tidak pernah meletakkan kesalahan Adam yang melanggar perintah Allah dalam syurga atas bahu isterinya Hawa. Sekalipun Bible dan riwayat-riwayat Israiliyyat dalam sesetengah buku tafsir menyatakan Hawa adalah punca yang menyebabkan Adam memakan buah larangan dalam syurga, namun al-Quran tidak pernah menyatakan demikian.
 Menurut al-Quran, kesalahan tersebut ditanggung oleh kedua belah pihak. Sementara Bible (Genesis 3:6-17) menceritakan Hawa (Eve) telah mempengaruhi Adam, dengan itu Tuhan telah menghukum Hawa dengan diberikan kesakitan ketika melahirkan anak. Hal ini juga disebut oleh riwayat-riwayat Israiliyyat yang sering dibaca oleh sesetengah penceramah di masjid dan surau. Namun, para pengkaji hadis mendapati riwayat-riwayat itu tidak boleh dijadikan pegangan dan bercanggahan dengan apa yang disebut dalam a-Quran.
 Al-Quran menyebut:
“Dan Kami berfirman: “Wahai Adam! Menetaplah engkau dan isterimu dalam syurga, dan makanlah dari makanannya sepuas-puasnya apa sahaja kamu berdua suka, dan janganlah kamu berdua hampiri pokok ini; (jika kamu menghampirinya) maka kamu akan termasuk dalam golongan orang-orang yang zalim. Setelah itu maka syaitan menggelincirkan mereka berdua dari syurga itu dan menyebabkan mereka dikeluarkan dari nikmat yang mereka telah berada dalamnya dan Kami berfirman: “Turunlah kamu! sebahagian dari kamu menjadi musuh kepada sebahagian yang lain dan bagi kamu semua disediakan tempat kediaman di bumi, serta mendapat kesenangan hingga ke suatu masa (mati)” – (Surah al-Baqarah: 35-36)
Dalam Surah Taha pula Allah berfirman:
“Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Kami berfirman kepada malaikat: “Sujudlah kamu kepada Adam”, lalu mereka pun sujud, kecuali Iblis, dia enggan sujud. Maka, Kami berfirman: “Wahai Adam! Sesungguhnya Iblis ini musuh bagimu dan bagi isterimu; oleh itu, janganlah dia menyebabkan kamu berdua keluar dari syurga, kerana dengan itu nanti kamu akan menderita. Sesungguhnya telah dikurniakan berbagai nikmat bagimu, bahawa kamu tidak akan lapar dalam syurga dan tidak akan bertelanjang. Dan sesungguhnya kamu juga tidak akan dahaga dalamnya, dan tidak akan merasa panas matahari”. Kemudian, syaitan membisikkan (hasutan) kepadanya (Adam), dengan berkata: “Wahai Adam, mahukah, aku tunjukkan kepadamu pohon yang menyebabkan kekal hidup selama-lamanya, dan kekuasaan yang tidak akan hilang lenyap?”. Kemudian mereka berdua memakan dari pohon itu, lalu terdedahlah kepada mereka aurat masing-masing, dan mereka mula menutupnya dengan daun-daun dari syurga; dan dengan itu derhakalah Adam kepada Tuhannya, lalu tersalah jalan (dari mencapai hajatnya). – (Surah Taha: 116-121)
Ayat-ayat ini jelas bahawa kesalahan Adam yang membuatkan manusia tercampak ke bumi, bukanlah berpunca daripada isterinya Hawa, sebaliknya berpunca dari kelemahan Adam sendiri yang ditipu oleh Iblis, yang akhirnya dia dan isterinya terlibat bersama dalam kesalahan tersebut. Ini berbeza dengan Bible. Berbeza juga dengan cerita-cerita sesetengah penceramah agama yang mengutip kisah Adam dan Hawa dari riwayat Israiliyyat, ataupun Bible atau diwarisi cerita dari satu ustaz ke satu ustaz tanpa dibandingkan dengan apa yang terkandung dalam al-Quran.
Lebih buruk lagi, kononnya Iblis masuk ke syurga melalui perut ular dan pelbagai lagi episod ‘kartun’ yang dimuatkan. Cerita Hawa yang dipergunakan oleh Iblis sehingga mengeluarkan manusia dari syurga adalah unsur luaran yang dimasukkan ke dalam pemikiran umat Islam. Kata Dr Abu Syahbah:
“Semuanya ini dari sumber Bani Israil yang mereka tokok tambah dan mencampurkan antara yang benar dan yang batil”. – (Dr. Muhammad Abu Syahbah, al-Israiliyyat wa al-Maudu’at fi Kutub al-Tafasir, 179. Kaherah: Maktabah al-Sunnah)
Maka, umat Islam atau lelaki muslim tidak akan menganggap bahawa punca kejatuhan lelaki kesemuanya bermula dari wanita. Walaupun wanita itu memang mempunyai pengaruh yang kuat ke atas lelaki, seperti mana pengaruh lelaki terhadap wanita, namun kejatuhan lelaki atau wanita dari kelemahan diri sendiri yang kadang-kala dieksploitasi oleh pasangannya.
Muslihat Wanita
Namun masa yang sama, al-Quran juga menyatakan kehebatan ‘usikan’ wanita atau lebih jelas ‘muslimat’ mereka jika mereka bermaksud ingin melakukan ‘perancangan halus’. Wanita jika kena gaya memang boleh menjadikan lelaki‘mengidaminya’ angau dan terpengaruh atas segala kehendaknya. Perancangan atau ‘plot’ wanita begitu hebat sehingga al-Quran merakamkan ungkapan yang ditujukan kepada isteri Menteri Mesir (riwayat Israiliyyat konon menamakannya Zulaikha) dalam kisah Yusuf:
“Ini adalah perancangan kamu (kaum wanita), dan sesungguhnya perancangan kamu (kaum wanita) itu hebat” – (Surah Yusuf: 28)
Perkataan Arab yang al-Quran gunakan dalam ayat berkenaan ialah Kaid yang bermaksud perancangan yang mempunyai unsur licik dan muslihat. Sebab itu Louay Fatoohi dalam bukunya The Prophet Joseph menterjemahkan perkataan Kaidsebagai scheme yang bermaksud tindakan yang licik dan perancangan sulit yang kadang-kala membabitkan tipu daya. Kata beliau: “..this word, which I have translated as scheme means guile and plotting that could involve lies, as in this case”. (ms 86. Kuala Lumpur: Islamic Book Trust).
Maka, atas kelicikan itu, ramai lelaki yang tewas. Wanita ada kuasa ‘licin’ dan licik. Walaupun Nabi Yusuf tidak tewas, tetapi ramai lelaki selain nabi yang tewas dengan ‘kaid’ atau perancangan halus dan ‘sulit’ wanita. Senjata rahsia wanita pada tubuh, bahasanya dan jelingannya. Walaupun bukan semua mereka ada kelebihan itu, namun bagi yang berkelebihan jika perangkapnya mengena, sukar untuk lelaki terlepas daripadanya, kecuali mereka yang memenangkan takwanya atau godaan atau kaid tersebut.
Nabi s.a.w pernah bersabda:
“Aku tidak tinggal cubaan yang lebih hebat ke atas lelaki lebih dari wanita” -(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Sabda baginda juga:
“Sesungguhnya dunia itu manis lagi hijau dan Allah menjadikan kalian berketurunan di atasnya. Allah melihat apa yang kalian perbuat. Takutlah kamu kepada (fitnah) dunia dan takutlah kamu kepada (fitnah) wanita, karena sesungguhnya awal fitnah yang menimpa Bani Israil dari wanitanya” – (Riwayat Muslim)
Maka, tidak hairan berapa ramai pemimpin yang gagah, tetapi ditewaskan oleh wanita idamannya, atau isteri kesayangannya. Betapa banyak reputasi pemimpin dirosakkan disebabkan isteri mereka, sehingga rakyat membenci seseorang pemimpin kerana gelagat isterinya. Dalam negara tertentu, kerenah wanita yang memakai gelaran ‘first lady’ boleh menghancurkan kerjaya dan masa depan politik seorang pemimpin negara. Demikian kerenah isteri pemimpin di pelbagai peringkat.
Maka, tidak hairanlah jika Elena Ceausescu, isteri bekas diktator Romania Nocolae Ceausescu dihukum mati bersama suaminya oleh rakyat Romania disebabkan peranannya dalam pemborosan harta negara dan kezaliman kuasa. Maka, jika suami tidak berperanan sebagai pembimbing dan pengawal yang soleh terhadap isteri mereka maka pelbagai kemungkinan boleh berlaku atas kemahiran wanita dalam perancangan atau kaid mereka.
Perhiasan Terindah
Namun wanita itu apabila solehah, mereka kadang-kala lebih baik daripada lelaki. Kehidupan yang buruk seseorang lelaki boleh diubah dengan kehalusan budi dan nilai yang ada pada seorang wanita. Nama baik seorang lelaki bertambah indah dengan kebaikan isterinya. Wanita benar-benar hiasan kehidupan lelaki. Lelaki tanpa wanita adalah lelaki yang cacat tabiatnya. Allah menjadikan wanita pasangan lelaki. Mereka tempat lelaki bermanja dan mendambakan perasaan kelakian. Nabi s.a.w bersabda:
“Dunia perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan dunia ialah wanita yang solehah” –(Riwayat Muslim)
Ada harta tiada wanita dalam kehidupan tiada ertinya. Ada rupa, tiada wanita tiada maknanya. Namun, wanita bagaimana yang lelaki perlukan dalam hidupnya dalam mengharungi bahtera kehidupan? Ya, wanita solehah yang membahagiakan suami, menjaga nama baik dirinya dan suaminya. Sabda Nabi s.a.w:
“Sebaik-baik wanita dia mengembirakan suami apabila engkau melihat kepadanya, mentaatinya apabila menyuruhnya, tidak menyanggahi suami dalam diri dan hartanya” – (Riwayat al-Nasai, Ahmad dan al-Hakim, dinilai hasan oleh al-Albani)
Sabda Nabi s.a.w juga:
“Tiga dari kebahagiaan: “Wanita yang apabila engkau melihatnya, ia mengkagumkan engkau, apabila engkau tiada bersamanya dia menjaga dirinya dan harta engkau” – (Riwayat al-Hakim dalam al-Mustadrak, dinilai hasan oleh al-Albani)
Untuk menjadikan wanita itu berfungsi dengan baik, suaminya juga hendaklah baik. Jika tidak, kebaikan wanita akan hilang pada padangan suami yang songsang, seperti mana hilangnya kebaikan Asiah di mata firaun yang zalim. Suami yang baik juga, tidak akan dapat dilihat kemuliaannya di mata isteri yang jahat seperti isteri Nabi Nuh dan isteri Nabi Lut a.s.

Saturday, 8 December 2012

ciri-ciri pasagan EGOIS !!

dear blog 

KErAna jatuh cinta, kita sering TUTUP SEBELAH MATA dalam menilai pasangan kita. Jatuh cinta memang boleh membuat seseorang jadi “buta.” Itulah sebabnya orang yang jatuh cinta akan BONGOK dalam menilai karakter pasangannya yang sebenar. oleh itu kamu perlu tahu apa ciri-ciri pasangan yang egois. Jangannak dibutakan oleh cinta, lihat kenyataan apakah pasangan kamu ini egois atau tidak. 

Untuk itu perhatikan ciri-ciri pasangan yang egois berikut ini: 

1. Tidak mahu memikrkan Pasangan itu adalah ciri kalau dia egois. Dia hanya akan memikirkan dirinya sendiri dan tidak pernah memikirkan kamu. Jika dia tidak pernah menawari kamu untuk mencuba makanan yang ada dipiringnya itu ertinya dia egois. Padahalkan makan malam akan menjadi romantik jika ada adegan suap-suapa.

 2. Tidak mahu menunggu. Apa yang dilakukan pasangan saat kamu datang lambat? Jika dia pergi dan tidak mahu menunggu itu ertinya dia egois. Setidaknya dia harus menunggu kamu dan minta penjelasan kenapa kamu lambat dan bukan malah pergi begitu saja. 

3. Tidak mahu berubah Saat kekasih tetap dalam pendiriannya dan tidak mahu berubah, itu bukan tegas tapi egois. Seharusnya, sebagai pasangan dia tahu bla harus mengalah. Jika dia tidak mahu berubah sedikit saja sifat atau rencananya agar kamu senang, itu ertinya dia egois. 

4. Tidak mahu mengalah __ Apa yang sering terjadi saat kamu dan dia berdebat? Jika kamu melihatnya seperti tidak mahu mengalah itu ertinya dia egois. Keinginannya untuk menang debat terlalu besar, itulah sebabnya dia jadi pasangan yang egois. 

5. Tidak peduli Apa yang dilakukan pasangan saat kamu sedang sakit?__ Jika dia tetap pergi bekerja, itu ertinya dia egois. Seharusnya kamu di utamakan bukan pekerjaan. Sikapnya yang tidak peduli dan remeh terhadap kamu yang sedang sakit sudah menunjukkan kalau dia egois. 

6. Tidak mahu menjemput __Jika dia tidak pernah atau bahkan selalu menolak saat kamu memintanya untuk menjemput, itu tanda kalau dia egois. Kamu sebagai orang yang rdekat dalam hidupnya semestinya ingin diperlakukan istimewa. Apa akan terjadi jika di jalan atau di kenderaan awam terjadi sesuatu? Hm… dasar egois..!


 Apakah pasangan kamu punya ciri-ciri seperti di atas?


Friday, 7 December 2012

wanita di jadikan daripada tulang rusuk lelaki ?


dear blog
hari ini IRRA nak tukar angin .. asyik tulis pasal CINTA ,SAKIT HATI and sebagainya .. mari kita renungIIkan .. khas untuk kaum ADAM terutamanya ..

Dalam sebuah hadis yang sahih yang direkodkan oleh Bukhari dan Muslim, nabi berkata,
“Aku berwasiat kepada kamu supaya menjaga wanita dengan sebaik-baiknya kerana mereka dijadikan daripada tulang rusuk dan sebengkok-bengkok tulang rusuk adalah yang di bahagian teratas. Sekiranya kamu cuba meluruskannya, kamu akan mematahkannya dan sekiranya kamu membiarkannya akan terus bengkok selama-lamanya. Jesteru, berpesan-pesanlah tentang wanita (dengan kebaikan).”

Adakah ayat ini bermaksud bahawa wanita secara umumnya dijadikan oleh Allah daripada tulang rusuk lelaki? Sebenarnya,di dalam A-Quran Allah menyatakan dengan jelas manusia sebenarnya berasal dari nutfah (iaitu air mani yang sedikit) yang bercampur dengan benih wanita, kecuali nabi Adam yang berasal daripada tanah. Berhubung dengan ini dalam surah Al-Haj ayat 5 Allah menjelaskan
“Wahai manusia apabila kamu meragui hari kebangkitan (maka ingatlah) kami menciptamu dari tanah , dan kemudian daripada nutfah.”
Oleh kerana kenyataan Al-Quran berhubung dengan kejadian manusia begitu jelas sekali, hadis tidak dapat mencanggahinya. Jesteru hadis ini, yang menyatakan wanita berasal dari tulang rusuk lelaki, tidak dapat ditafsirkan dari bentuk yang mencanggahi Al-Quran. Sebenarnya, fokus hadis ini bukannya berkenaan asal-usul kejadian wanita sebaliknya berkenaan kepentingan menghormati dan menjaga wanita dengan baik. Jesteru, di dalam kitab Riadus Solihin, Imam Nawawi meletakkan hadis ini di dalam bab ‘Wasiat Untuk Menjaga Kaum Wanita Dengan Baik’.
Di dalam kitab Dalilul Falihin, diriwayatkan bahawa Imam Qurtubi berkata,
“Wanita dicipta dalam batas dan keadaan seperti tulang rusuk,”
dan bukan dicipta dari tulang rusuk. Dalam bentuk kiasan ia bermaksud, tulang rusuk dalam bengkok adalah berbeza daripada tulang yang lain sebagaimana wanita berbeza dari kaum lelaki. Perbezaan ini mempunyai kepentingannya jesteru tulang rusuk tidak boleh dicaci kerana berkeadaan seperti itu kerana tanpanya manusia menghadapi masalah. Begitu juga dengan wanita, tanpanya kehidupan tidak sempurna. Kaum wanita adalah cantik dalam keadaan semulajadinya walaupun dalam aspek-aspek tertentu mereka berbeza dari kaum lelaki. Pihak lelaki perlu menerima wanita dengan sifat semulajadinya dan tidak boleh bersikap keras terhadap mereka. Mereka disuruh menghormati wanita dan bekerjasama bagi mencapai matlamat yang Allah tetapkan. Wanita ada peranannya dan kadang kala peranan itu berbeza daripada kaum lelaki. Perbezaan peranan tidak melambangkan kehinaan.
Berbalik kepad isu berkaitan kejadian kaum hawa daripada tulang rusuk kaum lelaki, sebahagian ulama berpendapat hadis ini membicarakan berkenaan hawa secara khusus. Mengikut pandangan mereka, hawa berasal daripada tulang rusuk Adam. Antara ulama yang berpegang dengan pandangan ini ialah sahabat Abdullah Bin Abbas, Abdullah Bin Mas’ud, Imam Mujahid, Ibnu Al-Munzir, Ibnu Humaid dan ramai lagi. Namun, apabila Al-Quran dirujuk mengenai perkara ini, kita tidak menemui sebarang dalil yang menyokong pandangan ini. Sebagai contoh, berhubung dengan kejadian Hawa, dalam surah An-Nisa’ ayat 1 Allah menjelaskan dengan bermaksud,
“Wahai manusia, bertakwalah kepada Tuhanmu yang mencipta kamu dari diri yang satu (iaitu Adam) dan daripadanya Allah menciptakan isterinya (iaitu Hawa) dan daripada kedua-duanya Allah mengembangbiakkan lelaki dan perempuan yang banyak.”
Dalam ayat ini dan yang seumpamanya kejadian hawa tidak langsung dikaitkan dengan tulang rusuk Nabi Adam.
Sebenarnya, Al-Quran lebih mementingkan supaya kualiti dan maruah wanita dipelihara dan tidak diperkotak-katikkan oleh mana-mana pihak. Dalam islam wanita dan lelaki adalah sama di sisi Allah sebagai hamba-hamba Allah. Sekiranya seorang wanita beriman dan beramal soleh dia diberi ganjaran yang tinggi dan diletakkan di tempat yang tinggi. Dalam surah Al-Imran ayat 195, Allah menyatakan yang bermaksud,
“Sesungguhnya aku tidak mensia-siakan amalan orang yang beramal antara kamu baik dia lelaki ataupun wanita kerana sebahagian kamu adalah keturunan daripada sebahagian yang lain.”
Tambahan daripada itu, Allah tidak pernah menghina ataup un memuliakan makhluk-makhluknya berdasarkan jantinanya. Sebaliknya kemuliaan seseorang adalah berdasarkan ketakwaannya. Berhubung dengan ini, dalam surah Al-Hujurat ayat 13 Allah menjelaskan,
“Sesungguhnya yang paling mulia di kalangan kamu di sisi Allah adalah yang paling bertakwa antara kamu,”
Hal ini adalah utama untuk difahami dan dihayati.

Wednesday, 5 December 2012

ciri-ciri perempuan gedikzx

dear blog


IRRA pelik .. kenapa perempuanII ni wujud ekk .. buat malu kaum je .. perlu e gedizx ?? persoalan yang tergantung disitu .. ta perlulah nak tarik perhatian sampai merimasan orang .. tak payah na lebihlah , bukan orang main minat at awak tu .. main meluat lagi adalah .. so ..apa kata kita tengok ciri-ciri perempuan gedik ni menurut pandangan aku. Let's move on!!

******

1. Perempuan ini teramat mudah perasan. Pantang ada laki terpandang sikit, perempuan ni akan fikir,

"eh eh, dia tengok aku lah. mesti sebab aku ni comel. hee~"

2. Perempuan ini bajet cun woo. Ada jugak antara diorang ni yang memang cun, tapi 0.2% je kot. Lagipon, apa guna cun luar tapi dalam tarak mahu cun woo. kan kan?

3. Perempuan ni automatik teruja bila berada dekat dengan kumpulan lelaki. Perempuan akan terasa dia diperhatikan oleh kumpulan lelaki tersebut, walhal mungkin kumpulan lelaki rasa nak muntah tengok gerak geri perempuan itu, bukan minat sangat. heh.

4. Mengada-ngada. Ni umpama trademark golongan ini. Alah, taktik nak tarik perhatian lelaki, mula lah merengek-rengek mintak itu mintak ini. (tapi if nak ngadeII ngan BF sendiri , still oke lah .. abiz nk gedik ngn spe ag if tak ngn BF sndrikn )

p/s : lau isteri merengek dengan suami tu takpe, biasalah nak bermanja kan? hehe

*sengih*

5. Perempuan ni rasa semua laki minat kat dia. Macam-macam dia buat nak 'pancing' lah kononnya. Kalau laki tu ade respon, mula lah kate,

"eh, dia ni mesti minat kat aku"

kalau laki tu wat bodoh jek, tak layan, blur dan tiada respon, camni pulak dia kate,

"alahai, sombong nya laki ni. aku tahu dia minat aku, jual mahal la tu"

******

dah dah, cukup setakat ni. atau korang ada tambahan? komen kat bawah.

Monday, 3 December 2012

our first anniversary !!!

dear blog

3 december 2012 ni adalah anniversary kiteorang yang PERTAMA !! yeahh .. dah setahun aku dengan dia .. aminn .. hope akan kekal lama .. in shaa allah .. thanks for him kerana bagi aku rasa bertuah ada dia dalam hidup aku .. thanks because meriahkan hidup aku dengan perangai dia yang menyakitkan hati tu !! daa .. hahaa

thanks gak sebab buat hariII aku tambah indah sebab adanya dia .. thanks sebab jage aku .. thanks sebab cuba yang sebaiknya untuk aku happy .. thanks sangatII .. and syg love B sangatII ... noothing much to say .. because ape yang B buat dekat syg .. tak terucap dengan kataII ..

btw ... LOVE you like crazy B  !!! mmmuuuaaahhhhhhh ....

Sunday, 2 December 2012

i december 2012

dear blog

semalam enjoy glee .. best dapat kuag have fun with my friends .. dah lame tak keluar macam tu dengan dorang .. semalam kite orang tengok wayang .. kelakar lah cite tu .. lepas tu jalanII cuci mata ... kite orang tengok wayang dekat JJ bukit tinggi , lepsa penat berjalan , kite orang pergi karok kat KLANG PARADE plak .. hahaa .. melalak lah .. nta pape lagu kite orang hentam ... bapak sengau !!

lepas tu , kite orang pergi makan at MCD Klang Parade .. chit chat kejap .. pastu teroz balek .. best !!! hope persahabatan kita akan kekal lama .. in shaa allah .. love korang sesangat !!!

Saturday, 1 December 2012

manusia EGO

dear blog


IRRA nak share about hamba allah yang bapak ego .. jujur aku cakap , aku ni adalah ego gak .. tapi tak ada lah sampai lebih had kesabaran ,, aku kadangII pelik .. why haa , kita mesti ada ego ?? memanglah perlu ada ego .. tapi janganlah sampai orang naik meluat nak layan ego kita kan ..

okey .. ni aku nak share ciriII orang yang EGO ~~~

* Hanya dapat melihat dari sudut pandangnya; tidak dapat melihat dari sudut pandang orang lain, apa lagi merasakan apa yang orang lain rasakan. Jadi, tidak mudah untuk berbincang dengannya kerana ia akan berusaha agar kita menuruti pendapatnya.
* Hanya memikirkan kepentingan peribadinya; jadi, apa yang dilakukannya selalu untuk kepentingan peribadi, bukan ikhlas untuk kepentingan orang lain. Ia tidak mengenal erti pengorbanan dan ketulusan; semua hal diperkirakan berdasarkan untung ruginya.
Kesan Peribadi Yang Ego

* Orang sekeliling sukar menerimanya kerana tidak ada usaha darinya untuk menyesuaikan diri. Daripada terjadi konflik, pada umumnya orang sekeling akan menjauhkan diri dari berhubungan dengannya sehingga ia terpaksa hidup bersendirian. Malangnya, semakin kesunyian, semakin ia menganggap bahawa orang sekeliling yang salah. Pada akhirnya orang yang ego hidup dalam bersendirian.
* Sahabat pun sukar untuk mempercayainya sebab mereka menilai ia tidak jujur. Semua yang dikerjakannya cenderung dinilai mempunyai maksud tersembunyi di belakangnya. Pada akhirnya hubungannya dengan yang lain tersekat dan semakin hari semakin sedikit orang yang bersedia berkawan dengannya. seandainya bersahabatpun, hubungan yang terjalin merupakan hubungan timbal-balik, tanpa keikhlasan dan pengorbanan.
Penyebab

* Sebahagian peribadi yang ego ini berasal dari latar belakang keluarga yang terlalu memanjakan sehingga apa pun yang diminta selalu didapatkannya.
* Sebahagian lagi peribadi yang ego berasal dari latar belakang kurangnya kasih sayang sehingga ia tidak pernah belajar mengasihi. Ia menjadi orang yang tidak mengasihi dan tidak rela berkorban kerana ia tidak pernah mengenal kasih sayang.
Langkah Menuju Perubahan

* Peribadi yang ego mesti menerima fakta bahwa ia egois; jangan lagi mencari alasan dan menyalahkan orang. Ia mesti melihat hal ini sebagai dosa keangkuhan bukan hanya karakteristik keperibadian yang unik. Perubahan @ penyesalan bermula dari pengakuan. "Tinggi hati mendahului kehancuran tetapi kerendahan hati mendahului kehormatan."
* Lihatlah apa yang diperlukan orang dan cubalah penuhinya, tanpa berkira-kira. Peribadi yang ego tidak mempunyai ramai teman kerana tidak memikirkan orang lain. "Seorang sahabat memberi kasih setiap waktu dan menjadi seorang saudara dalam kesukaran."
* Hiduplah berdasarkan prinsip: "Kasihilah sesama manusia seperti dirimu sendiri" dan "Segala sesuatu yang kamu kehendaki supaya orang perbuat kepadamu, perbuatlah demikian juga kepada mereka"

Thursday, 29 November 2012

aiman hamizan .. my baby love yOo

dear blog

IRRA saje nak share videoII ni .. ni semua video mr.AH mase seolah dekat sarawak dulu .. masa dia masih menjadi ekasih pada beribuII GF .. hahaaa .. btw , layan jelahh ekk

video

Wednesday, 28 November 2012

ICT

dear blog

semalam lepas test entrepreneur , IRRA tolong mr.AH kemas barang dia .. sebab dia nak pindah dekat SHANGVILLA .. lepas tolng kemas , kene tolong angkatlah kan , lepas kemasII semua tu , kita orang pergi makan dekat tasik ,, IRRA makan nasi loemak warisan pak musa diaa .. banyak sotong dia bagi .. hahaa .. kenyang dok makan sotong je lahkan .. thanks B .. always love you k ..

after that , kita orang pergi jalanII dekat GIANT .. sebab dah lama tak masok Giant , semenjak ada paradigm nikan ..  lama jugalah kita orang dok pusingII Giant tu .. hahaa .. lepas tu ,kita orang gi lepat dekat ICT .. saja nak tengok apa yang baru dekat ICT ..

walaupun hujan , still ramai yang masih ada dekat ICT tu , apa yang best sngat pon aku tak tahulah .. for me , not bad laa ..

lepas tu kita orang lepak at dataran shah alam , layan youtube .. sembang .. hahaa .. actually , still tak nak balik .. sebab taak puas bersama mymr.AH .. btw ,,. thanks for everything B

Tuesday, 27 November 2012

cutiII malaysia , part2


Dear blog

Malam khamis lepas .. kteorang pergi ke PD untuk bercuti .. walaupun dah berpuluh kali aku pergi .. tapi entahlah .. hahaaa .. sampai sana .. kita orang teros chek in hotel dulu .. letak barangII .. then baru cari port terbaik punye untuk buat BBQ .. hahaa .. BBQ kita orang siap sampai pukul 4 pagi .. hahaa ,.. memang terbaiklahkan .. macam bagon sahur dah gamaknya .. after makan , kemas barnagII .. kita orang beredarlah balik ke hotel .. sebab sudah tak larat lagi nak celikkan mata ni ..

Esoknya , kita orang sarapan di kedai makanan koboi .. hahhaa .. not bad lah tempat tu .. classic what .. huhuuu .. lepas makan kita orang teruskan perjalanan pergi ke MELAKA .. Bandar bersejarah .. datanglah Melaka , dengan itu kita telah melawat MALAYSIA .. hahaa …

First sekali bila tiba di Melaka , kitaorang pergi ke taman buaya Melaka dulu … lama lah lepak at dalam tu .. sebaba at dalam tu , macamII ada .. and sudah tentuII lah buaya memang ada dalam tu .. rumah hantu pun ada , taman burung pun ada , banyak lagi lah ..

Masa masok rumah hantu tu .. aku tak pandang apaII pun .. hahaa ,. Bapak lawak .. aku menyorok dekat belakang mr.AH .. hahaa .. nak masuk punye berkobarII .. dah masok hampeh .. tak buka mata langsung ! poyo je lebih aku ni ..

Lepas taman buaya Melaka , kitaorang pergi singah dekat kota a famosa sebelum berangkat pulang .. hmm , rasa saying nak akhiri masabercuti bersama my mr.AH .. rasa nak selamanya bersama dia .. in shaa allah …
Lepas ni , mr.AH .. nak bawak kita pergi mana lagi .. hahaa … tak sabar nak tunggu saat itu lagi .. love you a lot B <2

Sunday, 25 November 2012

ciriII wanita yg mudah tertipu

dear blOg

disini IRRA nak share pasal entry ni .. and girlss take care your own self yaa .. and hope bende ni tak jadi dekat IRRA gak .. 



Seringkali orang perempuan yang dikecewakan insan tersayang sering terasa ditipu dan dikhianati.
Setiap kekecewaan yang kita lalui dalam hidup pasti bersebab. Adakalanya kesilapan itu datang dari Si Dia namun tidak mustahil juga kesilapan itu terletak pada diri kita sendiri.

Ciri-ciri wanita yang mudah ditipu lelaki :-

1. Wanita yang terlalu mudah mempercayai lelaki.
Kerana sayang semuanya diturutkan. Apa sahaja yang lelaki/pasangan katakan, kepercayaan adalah seratus peratus. Mempercayai pasangan secara membuta-tuli dan menerima apa sahaja tanpa menggunakan akal fikiran yang waras adalah amat tidak wajar.
Ini tidak bermaksud kaum wanita tidak boleh mempercayai pasangannya namun perlu ada sikap was-was dan cuba menyoal pasangan bila ada rasa ketidakpuashatian dalam sesuatu hal dan cuba minta penjelasan lanjut.
Biasanya orang lelaki yang sayangkan pasangannya akan menjelaskan dengan selengkapnya tentang apa yang ditanya atau diragui oleh pasangannya. Dia tidak akan menyembunyikan apa pun kerana baginya, wanita yang disayanginya bukan sahaja tempat berkasih, malah tempat berkongsi apa sahaja. Lagi pun, nak rahsia apa, bukan dengan orang lain pun kan?
2. Wanita yang “terdesak” untuk berkahwin.
Umur yang semakin lanjut membuatkan ramai wanita yang belum berpasangan risau akan status diri. Walaupun pada zaman yang semakin canggih ini, melihat wanita yang berkerjaya lewat berkahwin adalah perkara biasa, namun majoriti wanita yang semakin meningkat umurnya risau jika masih belum mempunyai pasangan hidup.
Kerisauan terhadap faktor umur yang meningkat, tekanan ibu bapa, pandangan masyarakat, dan juga kerisauan terhadap peluang untuk mendapatkan cahaya mata yang semakin kurang jika kahwin lewat mampu menyebabkan sesetengah wanita seolah-olah “terdesak” untuk mencari pasangan hidup.
Dalam keadaan seperti ini, kadangkala mereka boleh “terlepas pandang” tentang sikap, kualiti, dan peribadi lelaki yang dipilihnya itu.
Wanita yang berkahwin lewat pada zaman ini pula kebanyakannya berkerjaya secara tidak langsung membawa maksud mereka sudah mempunyai tahap kewangan yang stabil.
Ini memungkinkan mereka menjadi mangsa “buaya professional” yang sentiasa mencari peluang untuk mengambil kesempatan ke atas wanita seperti ini.
Apa yang penting disini setiap wanita perlu tahu bahawa jodoh itu datang dariNYA. Tak perlulah nak terdesak sangat mencari pasangan sehingga tersalah pilih dan menyesal di kemudian hari
3. Wanita “sosial”.
Sosial yang bermaksud suka kepada “night life”, disko, berparti, “clubbing”, pergaulan bebas tanpa had dan hidup dengan falsafah “life is short, so have fun!”, atau “masa muda ni la nak rasa macam-macam..”.
Wanita-wanita ini (kebiasaannya gadis remaja), yang melibatkan diri dengan cara hidup bebas dan sosial seperti ini terang-terangan mendedahkan dan “mengiklankan” diri sendiri kepada “spesis” lelaki pemangsa wanita.
Bersosial tanpa batasan adalah di antara resepi utama yang menyebabkan ramai wanita dan gadis remaja ditipu sekaligus dirosakkan oleh lelaki yang tidak bertanggungjawab.
Yang penting jaga maruah diri sebagai seorang wanita.
4. Wanita yang tidak mementingkan ilmu.
Wanita yang mementingkan ilmu dalam konteks percintaan, perkahwinan dan memilih pasangan hidup bukanlah bermaksud wanita yang mempunyai ijazah berjela-jela dari universiti terkenal. Kalau itu yang dijadikan ukuran wanita berilmu, kenapa masih terlalu ramai wanita yang ditipu, dihina, dipermainkan, dan sebagainyalah oleh lelaki yang berbahaya?
Wanita yang berilmu dalam konteks ini ialah wanita yang mampu memandu dirinya supaya tidak “terpilih” lelaki penipu dan berbahaya. Sekiranya dia “terjebak” dengan lelaki penipu/berbahaya, dia tahu apa yang perlu dilakukan atau di mana untuk mendapatkan bantuan yang sewajarnya.
Ia juga bermaksud wanita yang mengetahui hak-haknya sebagai wanita dan sebagai seorang isteri. Wanita yang berilmu juga berani “membetulkan” keadaan dan mempertahankan haknya bila perhubungan/perkahwinannya terganggu/diganggu sama ada oleh pihak ketiga atau pasangannya sendiri.
Wanita seumpama ini mampu menjadi pasangan/isteri yang sentiasa menjadi kebanggaan pasangan/suaminya sendiri dan mempunyai segala sifat sebagai seorang yang cemerlang.
Wanita seperti ini, sentiasa cintakan ilmu. Sentiasa melengkapkan dirinya dengan ilmu selagi hayat dikandung badan.
Wanita yang mempunyai segulung ijazah atau Ph.D pun boleh ditipu dan dipermainkan lelaki “spesis berbahaya” ini…apatah lagi jika wanita yang hanya meletakkan 100% kebahagiaannya ke atas lelaki dan langsung tidak mahu atau mengambil mudah untuk meningkatkan ilmu dalam diri?
5. Wanita yang memandang “faktor fizikal” sebagai salah satu ciri utama pada lelaki idamannya.
Mudah jatuh cinta dengan lelaki handsome? Atau mungkin juga lelaki “cute”, “macho”, dan mempunyai fizikal yang begitu menggoda hati?
Semakin “handsome”, “cute”, “sexy” seseorang lelaki itu, sebenarnya semakinlah anda sebagai wanita perlu menggandakan “sistem pertahanan” diri. Kalaulah ramai wanita boleh diperdayakan oleh lelaki yang TAK “handsome” dan seumpamanya, apatah pula risiko ditipu oleh lelaki yang “handsome”?
Ingat.. “handsome”, “cute”, dan seumpamanya itu pada seseorang lelaki sepatutnya BUKAN menjadi antara ciri-ciri utama lelaki idaman wanita. Ia sepatutnya hanya menjadi ciri-ciri “bonus” lelaki idaman wanita.
Apa yang perlu diingatkan selalu, rupa paras luaran tidak akan kekal lama dan bukan tiket untuk kebahagiaan.
6. Wanita yang “sabar” tidak bertempat.
Wanita dalam golongan ini boleh kita katakan jenis yang selalu “makan hati berulam jantung”, atau mungkin juga dah sampai tahap “makan tangan berulam kaki”. Dia didera(fizikal atau perasaan), tidak dihargai, sentiasa diambil kesempatan oleh pasangan/suaminya namun masih tetap bersama lelaki itu walaupun dia sedar dia terseksa dan tertekan.
Wanita tersebut akan sentiasa berharap pasangannya akan berubah pada satu masa nanti TANPA mengambil tindakan yang sewajarnya.
Tidak salah bersabar. Malah sika penyabar adalah satu sikap yang baik, dituntut, terpuji, dan mulia. Namun demikian, sekiranya kesabaran itu akhirnya membawa mudarat terhadap diri sendiri, sesuatu perlu dilakukan.
Bersabar walau diperlakukan apa sahaja oleh lelaki/pasangan seperti ini seolah-olah memberi “lesen” kepadanya untuk terus mendera, menipu, dan menghina maruah wanita yang terlibat.
Bersabarlah biar bertempat. Jangan bagi pasangan pijak kepala kita. Luahkan rasa ketidakpuashatian jangan hanya berdiam diri untuk menjaga hati pasangan sedangkan hati sendiri hancur berderai.
p/s jadi wanita yang cekal dan di sayangi bukan wanita yang lemah dan sering disakiti

Saturday, 24 November 2012

entah


dear

hari ni 18/11/2012 .. untuk yang entah berapa kali aku menangis lagi .. hati yang dah lama hancur telah bernanah kembali .. aku tahu .. aku manusia yang penuh dosa .. tapi aku juga manusia biasa yang tidak boleh lari dari melakukan kesilapan .. aku tidak pernah minta untuk lahir kedunia ini .. aku tidak pernah minta untuk disayanggi … dan aku juga tidak pernah minta untuk DISAKITI .. jika wujudnya aku didunia ini hanya untuk disakiti oleh mereka .. ambillah aku kembali .. kerana batin aku ini , sudah tidak mampu !
air mata umpama sahabat paling baik bagi diriku ,kerana dia tidak pernah mahu meninggalkan aku .. hari ini , aku menangis dengan takdir yang kau tuliskan buat aku .. aku menangis , kerana hanya itu yang aku mampu untuk meredakan sakit di hati ini ..

dia .. INSAN YANG AKU SAYANG , benarII telah menguji aku .. aku tahu aku tidak seperti bekasII nya yang dahulu .. aku tidak pernah minta dia mencintaiku .. andai takdirmu menjauhkan dia dari aku , tolonglah .. aku pinta kau tarik nyawaku waktu itu .. kerana sesungguhnya .. aku tidak mampu hidup tanpa dirinya ..

B , syg tahu , syg tak sempurna seperti KEKASIH hati B itu .. tapi syg tidak pernah membandingkan B dengan sesiapa .. B adalah yang pertama untuk syg .. tapi syg adalah yang keberapa juta untuk B . syg tahu , syg bukan seperti KEKASIH B itu .. syg minta maaf .. tapi syg bukan dia .. syg memang dilahirkan sebegini .. syg minta maaf jika segala yang syg buat memalukan dan mengecewakan B .. sesungguhnya , syg tiada niat .. maafkan syg sebab menyesakkan lagi hidup B .. syg sygkan B .. tapi siapalah syg untuk memintaII pada B ..
Sesungguhnya , siapalah aku .. aku pasrah andai suratan aku telah tertulis begini 

Friday, 23 November 2012

Isu Cinta - 10 Cara Bila Bergaduh

dear blOg

aQ just nk share bende nih . because i knOw rmai yang luar sana yang macam ni kan ?.. hahaa .. aQ dah banyak sangat pengalaman bab gadOh ni .. sO kOrang layan je laa ekk >_<





10 Cara Bila Bergaduh :
1) Jangan Bersyarah
Dalam perhubungan yang matang, anda mesti menghormati pasangan anda dan juga diri sendiri sebagai orang dewasa. Bila anda mula bersyarah dengan panjang lebar kepada seseorang itu tentang kesalahannya, ini boleh mencetuskan perasaan yang amat tidak selesa dalam dirinya. Satu ‘kuasa’ memberontak dan tidak puas hati terhadap anda boleh wujud hasil dari sikap tersebut. Oleh itu, selain dari bersikap “anda adalah betul” dalam situasi seperti ini, adalah lebih baik anda bercakap tentang bagaimana cara untuk membetulkan kesilapan yang telah berlaku. Fokus anda mesti kepada bagaimana untuk menyelesaikan masalah yang timbul dan juga supaya perkara itu tidak berulang lagi.
.
2) Jangan Balas Dendam
Selalunya, bila hati seseorang itu benar-benar disakiti oleh pasangannya, dia juga akan bertindakbalas untuk menyakiti hati pasangannya semula. Biar pasangannya rasa bersalah dan rasa apa yang dia rasa. Kononnya supaya pasangannya sedar bahawa kesalahan telah dilakukan. Pada masa itu,tindakan macam ni seolah-olah idea yang bagus,sebenarnya akan memalapkan lagi perhubungan. Jangan bertindak begitu. Bila anda salahkan pasangan anda tentang sesuatu perkara dan cuba buat dia rasa bersalah, anda mengatakan bahawa anda betul dan dia salah-hukuman telah dijatuhkan, susah nak selesaikan pergaduhan anda!
.
3) Jangan Tinggikan Suara
Bila emosi dan kemarahan menguasai diri, adalah sukar untuk mengawal suara lebih-lebih lagi bila pasangan anda sendiri meninggikan suara kepada anda. Walau apa pun, anda mesti ingat, merendahkan nada suara dan bercakap dengan tenang dan tidak menengking amat penting bila berbincang dalam sesuatu konflik. Suasana tenang membolehkan anda dan pasangan mendengar dengan lebih baik apa yang diperkatakan terhadap satu sama lain. Konflik dapat diselesaikan dengan lebih cepat dan tidak merebak dengan lebih teruk dan merosakkan.
.
4) Elakkan Terlalu Peribadi dan Sensitif
Masa situasi konflik tengah hangat, janganlah terlalu sangat “terasa”, jangan terlalu sensitif atau “take it too personal”. Keadaan yang tengah “panas” boleh buat anda terlepas cakap.Oleh itu pastikan anda tidak terlalu sensitif atas segala yang sedang diperkatakan kerana selalunya emosi lebih menguasai keadaan pada waktu ini. Oleh itu,kadangkala ada waktunya perkara betul yang pasangan anda katakan boleh menjadi perkara yang amat sensitif bagi anda dan anda pula boleh terlepas cakap atau sengaja “melepas” cakap tanpa berfikir panjang.
.
5) Jangan Timbulkan Perkara-perkara Kecil
Bila tengah bergaduh tu, jangan timbulkan perkara-perkara kecil yang langsung tak membantu selesaikan masalah. Perkara-perkara kecil yang dalam 2-3 hari akan datang tu dah boleh lupa contohnya, tak perlulah diungkit. Fikir sebelum timbulkan benda-benda kecil macam ni sebab ia takkan membantu, membakar semangat marah dan terukkan lagi keadaan tu adalah. Benda-benda kecil ni termasuk la juga perkara yang dah lama terjadi dah 3 – 4 bulan lepas contohnya jadi tumpu hanya pada isu yang sedang berlaku.
.
6) Mendengar Dengan Teliti
Walaupun susah nak dibuat, anda perlu jadi pendengar yang baik dan teliti. Pasangan anda mungkin dengan jelasnya beritahu apa yang anda berdua perlu untuk selesaikan masalah tapi disebabkan anda tak ambil perhatian, tak dengar dengan baik dan teliti, bukan saja cadangan dia anda tak ambil kira,malah anda pula bagi penyelesaian yang takde kena-mengena dan merumitkan keadaan.
.
7) Fokus Satu Isu Pada Satu Masa
Seperti biasa yang anda mungkin dah banyak kali dengar ~ fokus! Perkara terbaik yang anda boleh buat ialah kenal pasti apa punca sebenar masalah dalam perhubungan anda sekarang dan cari penyelesaian untuk isu itu sahaja. Bila anda mula bercakap tentang banyak perkara, macam-macam isu, anda mengelirukan keadaan. Selesaikan satu persatu dan bergerak ke punca isu yang lain bila isu pertama selesai. Tentu sekali anda ingin tau apa cerita sebenar yang jadi punca mengeruhkan hubungan anda supaya masalah dapat selesai dengan cepat, jadi pastikan anda fokus!
.
8.) Jangan Serang!
Biasalah, dah terlalu marah sangat, anda pun “naik angin”… bila perkara macam ni berlaku, biasanya anda boleh menyerang peribadi pasangan anda. Sebelum perkara macam ni berlaku, fikir dan sedar bahawa ia TAKKAN membantu malah memburukkan keadaan. Anda ingin selesaikan masalah, bukan nak serang pasangan anda.
.
9) Mesti Hormat
Perbalahan/pertelingkahan dalam perhubungan boleh menjadikan sesuatu perhubungan itu lebih matang dan lebih rapat malah lebih indah setelah konflik dan isu berakhir dengan baik. Nak jadi macam ni, anda perlu faham perbalahan perlu di lihat dalam konteks “learning experience” atau proses belajar selain melihatnya dari satu sudut saja. Beri perhatian, sabar, tenang, buat “eye contact”, tanya soalan yang relevan dan diperlukan dalam masa yang sesuai. Ini adalah antara cara utama untuk menunjukkan sikap hormat kepada pasangan anda. Bersama, dengan sikap seperti ini anda berdua PASTI boleh menyelesaikan segala masalah yang melanda.
.
10) Jangan Tinggalkan
Satu lagi perkara yang sukar dibuat bila bergaduh ialah berada tetap dalam tempoh konflik itu sedang berlaku, dari mula sampai selesai. Ramai orang bila dah tak tahan, marah sangat, terus tinggalkan pasangan, bermaksud terus keluar dari “medan” konflik atau pertelingkahan sekaligus membiarkan situasi “tergantung” macam tu je. Pasangan pun dia tinggalkan. Walaupun rasa tak boleh tahan sangat, marah ke, “tension” ke, jangan angkat kaki, tinggalkan konflik dan pasangan macam tu je. Bagi tau dia anda perlukan masa sekejap untuk tenangkan fikiran sebentar, mungkin anda pergi duduk tempat lain kejap ke… kemudian pastikan anda datang semula. Ini secara tidak langsung menunjukkan anda seorang yang berkaliber dan dapat mengurus emosi dengan baik tak kiralah anda lelaki atau wanita.
.
p/s : Jika ada masalah bawak lah berbincang dan jangan la anggap perpisahan adalah penyelesaian segala-galanya. Renung2kan…Peace no war!!

kelip-kelip

Love Quotes, Love Quotes Images, Love Sayings

◕‿◕ LåÐ¥ïrrå ◕‿◕

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...