http//: irra harahap@blogspot.com

mencari CINTA sejati bagi menerangi kegelapan hati .. meminta simpati pada yang sudi memberi .. merindu pada mereka yang tidak memahami .. memohon RESTU pada yang mungkin tidak mengenali .. terima kasih atas segala kesaakitan .. semua akan terbalas kerana TUHAN sentiasa di sisi .. In Shaa Allah :)

Saturday, 16 November 2013

:: KENALI 7 JENIS LELAKI ::


Sukar untuk mengenali hati budi sesorang namun kamu mungkin boleh meramalkan sifat atau perangai seseorang menerusi perlakuan harianya..Shhh..kali ini memberi peluang kepada pembaca untuk menilai dan memahami ciri-ciri lelaki tertentu sekadar untuk panduan agar kamu lebih memahami kehendak insan yang bergelar lelaki. Mungkin ada yang sedang memerhati rentak lelaki idamannya dalam diam... ha, kaedah ini mungkin boleh membantu kamu menilainya!! 


1) LELAKI TAKUT KOMITMEN 

Personaliti : 
Bukan tiada teman istimewa, ada kalanya hubungan yang terjalin antara dia dan teman istimewanya bertahun-tahun lamanya! namun keinginan untuk membina sebarang ikatan rasmi tidak pernah wujud dalam dirinya.karier dan kehidupan sosialnya sering menjadi keutamaan dalam hidup. Tidak hairanlah sekiranya individu yang tergolong dalam ketegori ini memiliki ramai teman. 
Maknanya : 
Sekiranya dia memapamirkan antara sikap begitu, dia dikatakan seorang yang tak boleh di percayai sangat apa yang diucapkan pada kamu. Mungkin hari ini dia melafazkan kata suka pada mu tapi beberapa minggu kemudiam, dia seolah-olah tak mengenali kamu selama ini! Dalam erti kata yang sebenarnya, dia masih belum bersedia untuk menjalinkan komitmen dengan mana-mana gadis buat masa itu.!! 


2) LELAKI RASIONAL 
Personaliti : 
Keperibadian mereka tergambar menerusi penampilan luarannya. Semangat yang tinggi dan komited terhadap kerja memperlihatkan sikap rajin mereka itu. Ramai yang beranggapan lelaki dalam ketagori ini berperwatakan serius dan sukar untuk diajak bergurau kerana sikap tekun yang wujud dalam dirinya itu. Selain itu mereka suka memendam perasaan dan kerana sikapnya itu kadangkala dia merubah menjadi seorang yang agak peramah. 
Kesimpulannya : 
Biarpun kelihatan seakan dibebani dengan pelbagai tugasan namun lelaki yang tergolong dalam katagori ini sentiasa bersemangat dan gigih berusaha demi mencapai kejayaan. Pemikiran rasional menjadikan mereka individu yang positif. Percayalah, lelaki rasional ini boleh diharap dan bersedia melaksanakan tanggungjawab mereka itu tanpa sebarang halangan. Keluarga adalah segala-galanya bagi mereka ini. 


3) LELAKI KONSERVATIF 
Personaliti : 
Pemikiran dan perwatakannya konservatif memperlihatkan dirinya serba sederhana. Sikapnya yang gemar memerintah dan sentiasa berfikir bahawa seorang lelaki perlu dihormati dan disanjung memperlihatkan sifat egonya yang agak tinggi. dari sudut positif yang ada pada diri individu yang tergolong dalam kategori lelaki konservatif ini, mereka bijak mengatur perbelanjaan. 



Kesimpulannya : 
Berfikiran matang dan bersedia memikul tangungjawab menjadikan diri mereka mampu bertindak sebagai pemimpin dan ketua. bagi lelaki kinservatif ini, mereka sering mencari pasangan yang mampu memberikan ketenangan dalam hidupnya. 



4) LELAKI HIPOKRIT 
Personaliti : 
Ego dan gemar mementingakan diri sendiri adalah sifat utama yang ada dalam diri mereka. berlakon dan gemar berpura-pura menjadi mainan rasmi dalam hidupnya.mereka juga gemar mengambil kesempatan atau menindas orang lain demi untuk kepentingan dirinya sendiri.. AWAS!!!! 
Kesimpulannya : 
Sememangnya lelaki sebegini harus dijauhi. Sikap HIPOKRIT dan gemar berpura-pura membuktikan bahawa dia juga seorang penipu! jangan mudah terpengaruh dengan rupa paras dan kemewahan yang dimiliki ! 


5) LELAKI ANTI PEREMPUAN 
Personaliti : 
Sering memberi kritikan terhadap golongan wanita dan beranggapan wanita sering menyusahkan dan membebankan mereka! Sikap tidak gemarkan kanak-kanak juga boleh dilihat dengan jelas dalam diri mereka.Sebaliknya mereka gemar benda sebagai koleksi peribadi. 
Kesimpulannya : 
Jangan salah tafsir terhadap individu yang sedemikian. Hakikatnya mereka juga mempunyai teman istimewanya sendiri, namun di sebalik sikapnya itu tersembunyi suatu perkara yang sukar untuk dijangka. Mereka mempergunakan wanita untuk kepentingan sedniri! AWAS dengan lelaki sebegini kerana mangsa mereka adalah wanita yang mampu menuruti kehendaknya. 


6) LELAKI PLAYBOY 
Personaliti : 
Sentiasa berpenampilan menarik dna peka terhadap perkembangan dunia fesyen semasa. Secara tidak langsung mereka bijak mengguna kelebihan yang mereka miliki itu untuk memenangi hati individu yang mereka suka. Karisma yang ada dalam diri menjadikan mereka sering mendapat perhatian ! Bukan itu sahaja, malah mereka memang bersifat romantis dan mulut " manis " 
Kesimpulannya : 
Menyentuh soal komitmen, itu adalah isu yang paling digeruni oleh individu dari golongan ini. Sebaliknya mereka lebih gemar berseronok dan mendampingi ramai wanita dalam satu masa kerana bagi mereka ia adalah satu kelebihan istimewa yang ada dalam dirinya. 

7) LELAKI BERWAWASAN. 
Personaliti : 
Biarpun dia seorang yang pendiam namun individu di sekelilingnya mudah tertarik dengan sikap itu. lelaki sebegini sering melahirkan idea yang rasional dan logik. Fokus utama dalam hidupnya adalah kerjaya dan ada kalanya ada yang beranggapan lelaki sebegini terlalu mementingkan kerja dari yang lain. dia juga pentingkan kesempurnaan termasuk dalam memilih pasangan hidup. Kebanyakan mereka juga tidak suka terikat dengan komitmen terlalu awal. 
Kesimpulannya : 
Wajar kamu cuba menghampiri individu sebegini. Sikpanya yang berwawasan dan berfikiran jauh ternyata mampu menjamin masa hadapan. Pasangan yang paling sesuai untuk individu sebegini adalah wanita yang bijak berdikari kerana kesibukannya memaksa pasangannya untuk berdiri diatas kaki sendiri, namun ini tidaklah bermaksud dia akan melupakan terus tanggungjawabnya sebagai seorang lelaki.

Saturday, 28 September 2013

Tanda Hubungan Semakin Renggang

Dear Blog

Di awal percintaan terasa begitu indah ketika bersama, tetapi bila sudah lama kadang-kadang segalanya jadi serba tidak kena, cepat bosan, sukar bertolak ansur, perkara remeh temeh punca pertengkaran sehinggakan hubungan semakin hari semakin renggang. Inilah lumrahnya hidup bercinta, ibarat air laut, ada pasang surutnya, begitulah jua cinta, ada masa bahagia ada masa kurang menyenangkan.


Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula hubungan cinta yang memang memerlukan komitmen, pengertian, pergorbanan, faham memahami yang bukannya mudah. Pasti bingung dan buntu memikirkan penyebab berlaku hubungan yang renggang. Apakah kerana masa bercinta yang lama?Atau apakah kerana memang hubungan tiada keseronokan lagi? Kenapa cinta yang dulunya diserikan dengan kemesraan kini pudar. Jom kita lihat tanda-tanda hubungan cinta yang semakin hambar.

Semakin Kurang Menghubungi

Perasaan terhadap kekasih atau pasangan memang sentiasa membara malah setiap saat, setiap masa anda ingin berdekatan dengan dirinya. Malah dengan setiap nafas, pasti nama dan dirinya berasa bersama anda. Namun apabila hubungan semakin renggang, anda kan semakin kurang menghubunginya. Sila semak adakah hubungan anda sudah mula begini.

Tidak Berbual Tentang Masa Depan

Sepasang kekasih akan sentiasa merancang masa hadapannya. Mereka akan merancang apa yang mahu dilakukan bila hidup berdua, berapa orang anak yang mereka inginkan, membeli rumah dan sebagainya. Percakapan yang selalu dibualkan selalu menjurus ke aspek ini. Kalau anda berdua tidak lagi bercakap tentang hal ini, berhati-hatilah kerana hubungan anda semakin bermasalah.

Tiada Usaha Menyelamatkan Perhubungan

Masih ingat bagaimana detik-detik indah anda menemuinya. Segala-galanya nampak manis dan menjadi memori yang akan anda kenang. Berduaan ke tepi pantai, membeli-belah di tempat kegemaran, menghadiahkan sesuatu buatnya di hari istimewa namun apabila perhubungan anda menghadapi masalah, dia langsung tidak berusaha untuk menyelamatkan sesebuah perhubungan.

Gunakan Keburukan Untuk Mengeruhkan Keadaan

Bercakap perkara yang negatif antara senjata yang anda boleh gunakan. Kalau anda tahu keburukannya, ajukan saja padanya soal ini di mana dia pasti tidak boleh mengelakkan lagi. Selalunya menyakiti hatinya, nescaya rasa sayang yang dia pernah pupuk pada anda akan padam sehingga apa yag tinggal hanyalah rasa benci yang amat mendalam.

Bercakap Perkara Yang Boleh Mendatangan Kemarahan

Kalau sudah timbul rasa benci di hati anda, selalulah bercakap hal-hal yang akan mendatangkan kemarahan atau menimbulkan rasa benci di dalam hatinya. Apa saja lawak yang dia utarakan, anggap saja sebagai satu hal yang amat membosankan yang pernah anda dengar. Ketawa manja yang selalu anda gelakkan, sudah padam di dalam hati, nescaya tahap perhubungan yang dijalin sudah sampai ke kemuncaknya. Ia hanya tunggu masa untuk anda memutuskan perhubungan jika sudah banyak tanda-tanda dalam perhubungan yang hambar.

Pergaduhan Di Tempat Awam

Bergaduh di tempat awam memang memalukan bagi sesiapa yang melakukannya di hadapan orang ramai. Pernahkah anda melihat sesuatu pergaduhan di tempat awam dan apa reaksi kedua-dua belah pihak yang bergaduh? Walaupun bergaduh di tempat awam sesuatu yang tidak baik tetapi andai ia terjadi, sudah pasti hubungan anda dan si dia akan terus terputus kerana dia sudah tidak sanggup melihat perangai anda yang memalukannya di khalayak ramai.

Belajar Berdikari

Sebagai satu usaha yang anda akan tinggal keseorangan, mulakanlah diri berdikari. Jika sebelum ini anda sering mengharapkan bantuan si dia atau anda sering melakukannya bersama-sama, belajar-belajarlah buat semuanya kerana selepas anda memutuskan hubungan, semuanya anda perlu buat sendirian. Dalam pada itu, mulalah sedikit sebanyak membayangkan siapa pula yang akan bertakhta di hati selepas ini. Ini penting kerana anda mungkin sudah biasa hidup berdua, agar tidak terasa sunyi hidup keseorangan.

Simpan Rahsia

Kunci kejayaan dalam sesebuah perhubungan ialah kepercayaan. Ini bermakna tiada rahsia di antara anda dan pasangan, tiada penipuan, tiada rahsia dan tiada kejutan yang boleh membuatkan sebuah perhubungan berantakan. Namun jika perhubungan sudah bermasalah, apa lagi yang harus anda pertahankan? Benci memang mengundang rasa marah dan kita ingin membuka semua rahsianya. Kalau sudah marah dan ingin putus, anda patut menyimpan semua rahsia agar maruah masing-masing terus dipertahankan.

Cuba semak tanda-tanda hubungan anda semakin bermasalah atau tidak. Jika benar, carilah jalan penyelesaian yang baik

Thursday, 26 September 2013

SETIA

Dear Blog

'SETIA' Adakah Aku Daingap Bodoh Kerana Memegang Konsep iini. Well , I Don't Care What People Think . What Most I Care Is My Only Love . Yesss , Beiiiing SETIA Itu Hard , But Manisnya Inidah :)


Ramai insan yang masih lagi tidak faham akan apakah erti kesetiaan dalam sebuah perhubungan. Ra mai yang bertanya mengapa kita perlu setia, sedangkan belum tentu kekasih kita itu menjadi pasangan hidup kita?
Disebabkan persoalan inilah kecurangan sering berlaku dimasa kini, sehingga ramai antara insan di muka bumi ini dilanda kekecewaan dan ada yang menyedihkan sehingga sanggup membunuh diri apabila ditinggalkan kekasih.
Kesetiaan dalam perhubungan adalah sangat penting, ini adalah kerana kita telah mengambil amanat dan tanggungjwab daripada pasangan kita itu untuk menjadikan dirinya hanya satu dihati kita sewaktu kita mengambilnya sebagai kekasih.
Alangkah sedihnya apabila tanggugjawab atau amanat yang seharusnya kita jaga itu, tidak kita tunaikannya? Tidakkah ia sama dengan penipuan? Jangan taburkan janji jika kita tidak mampu untuk tepati dan jangan mengata cinta kalau kita tidak mampu untuk memberikannya sepenuh hati…
Ingatlah bahawa, hidup kita seperti roda, tidak semestinya kita sentiasa berada di atas. Jika kita permainkan hati insan lain, suatu masa kita juga akan dipermainkan. Dan pada waktu itu, penyesalan tiada gunanya. Setiap apa yg kita lakukan pasti ada balasanya, hanya masa yang dapat menentukan.
Untuk insan yang menjaga kesetiaan terhadap pasangan, anda adalah yang terbaik. Jadilah insan yang boleh membahagaian pasangan kita tanpa rasa jemu. Jika anda dicurangi, janganlah bersedih ataupun berdendam, tetaplah menjadi yang terbaik. Kerana anda mempunyai maruah diri, jangan samakan diri anda dengan insan yang tidak setia.
Anda telah melakukan yang terbaik untuk pasangan anda dengan menjaga keperibadian diri dengan sebaiknya. Mereka tidak pandai menjaga harga diri mereka. Suatu hari nanti mereka akan menyesal dan akan menyedari akan kebaikan yang anda lakukan…
Penting untuk kita ketahui sama ada pasangan kita jujur, ikhlas atau setia dengan kita tapi. Yang penting Allah tahu kita bagaimana, dan Allah tidak akan mensia-siakan apa yang kita lakukan. Tawakal dan Redhalah.. :)
Cintailah seseorang kerana kekurangannya, kerana suatu saat nanti kamu akan bahagia dengan kelebihannya dan jangan pernah mencintai seseorang dengan kelebihannya, kerana suatu saat nanti kamu pasti kecewa ketika kamu tahu kekurangannya.

Kejutan Istimewa Buat Si Dia !

Dear Blog .


Kejutan istimewa mampu mengintimkan lagi antara kita dan pasangan, tapi ramai di antara kita tak tau bagaimana cara nak buat kejutan untuk si dia.


1.Kesukaan Dia- Jika kita ingin menghadiahkan barang buat si dia, kita boleh berikan makanan atau barang yang memang menjadi kesukaan dia. Jangan pula sebab nak beri kejutan kita berikan barang yang dia tak suka, tujuan kejutan istimewa kan untuk berikan kegembiraan pada si dia.

2.Destinasi Romantik-Apa kata pilih lokasi yang romantik untuk kalian bercuti berdua. Habiskan masa hanya berdua dan menikmati saat-saat manis bersama.

3.Cuba sesekali kamu selitkan nota yang kamu tuliskan madah cinta atau ayat-ayat indah di dalam begnya, di atas meja atau beberapa tempat yang tidak di sangka olehnya. Walau ia satu benda nampak remeh tapi sudah cukup buat si dia tersenyum

4.Plan Makan Malam-Rancang makan malam istimewa untuk si dia. Walau tiada apa-apa peristiwa pada tarikh itu tak salah kita cuba mencipta kenangan manis dan indah untuk dikenang.

5.Barang Diperlukan-Cuba kamu perhatikan apa barang yang si dia amat perlukan. Contohnya jika dompet si dia dah rosak apa kata dalam diam kamu belikan dan hadiahkan padanya, kejutan begitu amat mendalam ertinya buat pasangan.

So , How ? Amazing Right . Ladies ,Jangan Harapkan Boys Je Yang Naki Buat Supriises .Kte Pon Kena Panda Ambk Aty . So , Good Luck !

Tuesday, 24 September 2013

Kenapa Lelaki Curang ?!

Dear Blog. 


Kenapa Lelaki Curang? Bercerita mengenai curang selalunya dikaitkan dengan kaum lelaki walaupun ada juga kaum wanita yang curang. Tetapi kali ini penulis ingin bercerita mengenai kenapa lelaki curang. Mungkin ramai yang tertanya-tanya dan ingin tahu sebab-sebab lelaki berlaku curang. Berikut adalah sebab kenapa lelaki sering curang dengan pasangannya:



1. Merasakan dirinya terlalu hensem.

Merasakan diri terlalu hensem dan over konfiden selalunya terjadi kepada lelaki. Dia merasakan dirinya terlalu hensem apabila Allah memberikan sedikit kelebihan dari sudut wajah, tubuh badan dan gaya penampilan. Harus diingat bahawa muka hensem bukanlah menjadi aset utama kepada kejayaan di dalam perhubungan. Setia kerana muka hensem? Tidak mungkin berlaku jika lelaki itu tidak pandai menjaga hati si dia. Lumrah manusia mempunyai citarasa yang berbeza-beza. Ada wanita yang tidak terlalu memilih lelaki kacak atau hensem untuk menjadikan pasangan hidupnya. Pesanan kepada lelaki, janganlah terlalu merasakan diri terlalu hensem.


2. Terlalu ego dengan perasaannya



Sifat ego selalunya tidak pernah lari dari diri seseorang lelaki. Ego merupakan satu sifat yang secara lumrahnya ada di dalam setiap diri seorang lelaki. Apa yang membezakan seseorang lelaki dengan lelaki lain adalah tahap keegoan. Mereka sangat ego apabila lahir perasaan sayang dan cinta terhadap si dia. Apabila timbul perasaan sayang dan cinta lelaki mula mencari wanita lain untuk mencari sayang dan cinta baru. Tetapi perbuatan itu adalah satu kesilapan besar kerana seringkali manusia akan hilang sesuatu yang sempurna jika terlalu inginkan kesempurnaan.
 

3. Ramai wanita lain menyukainya.


Lelaki akan merasakan selesa berlaku curang jika ramai wanita lain menyukainya. Tidak hairanlah jika kecurangannya itu diketahui pasangannya suatu hari nanti kerana masih ramai wanita lain yang menunggu untuk menjadi pasangannya.



4. Belum bersedia untuk setia.


Ramai lelaki yang curang selalunya belum bersedia untuk setia. Merasakan dirinya masih muda dan masa hidupnya masih panjang. Selalunya lelaki yang tidak mempunyai matlamat untuk berkahwin dengan pasangannya berkata kepada dirinya “belum bersedia untuk setia”.


5. Niat membalas dendam.

Kenangan pahit di dalam hidup seperti pernah dipermainkan oleh wanita juga antara penyebab lelaki membalas dendam. Mereka merasakan wanita patut dibalas dendam atas perasaannya yang pernah terluka kerana wanita. Ada juga penyebab lain menjadikan lelaki berniat membalas dendam kepada wanita antaranya masalah keluarga. Ibunya ditinggalkan oleh ayahnya kerana wanita lain menggoda ayahnya. Lelaki itu terus menjadi pembenci kepada semua wanita kecuali ibunya sahaja

Sunday, 22 September 2013

11 Tips Dalam Berpasangan !!

Dear Blog


1. Beriman
Untuk menjadi pasangan yang lebih baik, kunci pertama adalah menguatkan iman  sendiri. Dengan adanya pasangan yang beriman, maka pasti hubungan cinta antara kedua pasangan akan mencapai titik yang maksimum.
2. Jangan ‘minder’ dan selalu mengenang masa lalu
Janganlah bersikap minder terhadap pasangan . Bila pernah membuat suatu kesalahan dimasa lalu , jangan selalu dikenang atau diingat. Berfikirlah positif. Bila  minder, sama saja anda mengatakan bahwa anda tidak sepadan untuk pasangan anda. Bila anda tidak percaya diri, bahwa anda adalah pasangan yang sepadan untuk dia, maka anda akan benar-benar menjadi pasangan yang tidak sepadan.
3. Romantis
Ketika suatu hubungan cinta mulai mengalami keretakan, tanda pertama yang terlihat adalah mulai berpudarnya romantisme antara pasangan. Umumnya pasangan yang akan retak melupakan bagaimana senangnya ketika pertama kali mereka menjalin hungan tersebut. Suatu hubungan cinta adalah sesuatu yang harus terus menerus dibina dan bersikap romantis dalam membina hubungan tersebut adalah mutlak.
4. Jangan membuat sesuatu hanya kerana ingin membahagiakan pasangan anda
Berapa kalikah anda pernah mengerjakan sesuatu untuk pasangan anda yang sebenarnya tidak ingin anda lakukan, tapi tetap anda lakukan kerana ingin membuat pasangan anda bahagia.. Bagaimana perasaan anda ketika mengerjakan hal tersebut? Setiap kali anda membuat kompromi atas sikap anda tersebut, anda memperlebar jurang hubungan cinta anda. Sebaiknya anda secara jujur mengatakan pada pasangan anda bahawa anda kurang senang mengerjakan hal tersebut, dan mencari alternatif lain untuk mengatasinya bersama.
5. Jangan paksa pasangan anda untuk melakukan hal-hal yang dia kurang senangi
Ini adalah kebalikan dari tip diatas. Kalau anda tahu pasangan anda kurang senang melakukan sesuatu hal, mengapa dipaksakan… ..??
6. Jangan merendahkan pasangan anda
Tidak ada manusia yang sempurna didunia ini. Masing2 mempunyai daya fikir, kerja dan daya tahan tersendiri. Bila anda selalu merendahkan pasangan anda dengan menyalahkan apa saja yang dia salah lakukan, bagaimana anda akan berharap dia akan berbuat benar?
7. Jangan memberi janji yang anda tidak mampu penuhi
Kepercayaan adalah hal penting pada suatu hubungan cinta. Kepercayaan harus dibina dan dikembangkan. Bila anda tidak memenuhi janji anda pada pasangan anda, bagaimana pasangan anda akan percaya pada anda pada masa yang akan datang?
8. Usahakan untuk selalu berada disisinya
Pasangan anda merupakan teman anda untuk seumur hidup… .Usahakan untuk berada disisinya baik dalam suka maupun duka… .
9. Komunikasi
Dunia berubah dari hari ke hari. Bila anda tidak terus menerus berkomunikasi dengan pasangan anda, anda akan terkejut apabila pada suatu hari anda baru menyadari bahwa jurang perbezaan antara anda berdua telah semakin lebar.
10. Jangan berlaku kasar dan semena-mena terhadap pasangan anda
Cukup jelas…
Hormatilah pasangan anda sebagaimana anda menghormati manusia lainnya. Jangan sampai anda lebih menghormati teman anda daripada menghormati pasangan anda.
11. Jujurlah selalu
Biasanya suatu hubungan cinta tidak akan berlangsung lama apabila dibangun dan didasari atas kebohongan. Walaupun pasangan anda tidak pernah mengetahui kebohongan yan tersimpan, tetapi fakta bahwa anda mengetahui kebohongan itu, akan mempengaruhi perasaan anda maupun pasangan anda

Friday, 20 September 2013

21 Perkara Yang Membuat Lelaki Menyenangi Wanita

Dear Blog.


Setiap wanita di dunia ini pasti inginkan hubungan mereka berkekalan sehingga ke jinjang pelamin dan sehingga akhir hayat dan tidak sesiapa pun yang mahu hubungan sekerat jalan kerana ia hanya membawa kepada kesedihan dan hati yang hancur sahaja.
Tetapi sebenarnya wanita juga perlu mengetahui apakah perkara yang disenangi oleh kaum lelaki supaya kaum lelaki ini memahami pasangannya dan seterusnya menjadikan hubungan itu lebih intim dan tiada salah faham antara satu sama lain.

1. Terima Lelaki agar Dia Menerima Anda

Mungkin tiada perkataan yang lebih sesuai untuk menyatakan ini selain dari “Terimalah lelaki sebagai sediakala”. Terima dia sebagai lelaki. Yang penting untuk anda mengetahui ialah mengenai lelaki, bukan mengubah lelaki.
Jika anda mahu mengubah personaliti lelaki yang menjadi kekasih anda atau suami anda, dia mungkin akan menjadi insan yang lain, yang mungkin tidak anda sukai, dan tidak menyukai anda.

2. Fahamilah Lelaki Agar Dia Memahami Anda

Cuba memahami perangai sedia ada pada seorang lelaki dan menyesuaikan perangai itu dengan diri anda, adalah lebih baik dari cuba mengubahnya dan beranggapan bahawa ianya tidak sesuai dengan anda. Asalkan perangai itu tidak bertentangan dengan kehendak agama dan kesopanan budaya. Dengan cara itu lelaki akan cuba memahami anda dan menyesuaikan dirinya dengan diri anda.

3. Berubah Untuk Menikmati Perubahan

Sekiranya anda mahu mengubah perangai lelaki, malah perangai sesiapa pun, anda tidak akan mampu berbuat demikian. Kerana insan itu sendirilah yang akan mengubah perangainya jika dia mahu.
Anda cuma boleh memujuk dan mempengaruhinya agar berpihak kepada anda. Anda sendiri perlulah sanggup berubah kepada perangai yang lebih baik untuk membolehkan seseorang lelaki berubah memperbaiki dirinya.

4. Sanggup Memberi Untuk Menerima

Di atas segala-galanya, apa yang penting untuk anda lakukan ialah sanggup memberi lebih banyak dari yang anda sanggup terima dari seorang lelaki. Dengan itu, anda mungkin akan menerima lebih banyak dari yang sanggup anda beri.

5. Percaya Untuk Dipercayai

Sekiranya anda tidak mempercayai lelaki, janganlah anda harapkan lelaki itu percaya kepada anda. Hidup ini meminta pada yang ada, merajuk pada yang sayang.
Untuk membuat orang lain percaya kepada anda bukanlah perkara mudah, bagi menyebabkan orang lain tidak percaya pada anda bukanlah payah. Apabila dia sudah tidak percayakan anda, amat sukar pula untuk dia mengubah pendiriannya.

6. Menangkan Lelaki Untuk Menang

Mengenal lelaki bukanlah untuk mengalahkan lelaki, kerana dalam kehidupan suami isteri. Sepatutnya sama-sama menang dalam semua aspek kehidupan. Dalam satu perkahwinan ada dua kuasa, pertama kuasa suami, kedua kuasa isteri.
Kuasa suami adalah memulakan dan meyuarakan. Kuasa isteri adalah sama ada bersetuju atau tidak. Sekiranya kedua-duanya menyalahgunakan kuasa, maka rumahtangga akan menjadi porak-peranda. Dari itu rujuklah kepada agama untuk menghalusi apakah yang boleh dilakukan dan apakah yang dilarang.

7. Sifat Negatif Membuahkan Kesan Negatif

Ramai wanita yang mencabar dan celupar terhadap suaminya. Ramai juga yang bersifat pendesak, terlalu banyak meminta, merendah-rendahkan suaminya, membandingkan suaminya dengan lelaki lain, dan memaki hamun suaminya.
Sekiranya anda bersifat sedemikian, walaubagaimana kenalpun anda kepada suami anda, anda bukanlah seorang wanita yang bijak. Andalah yang mungkin menjadi sebab mengapa suami anda merasa tertekan, tidak selesa, banyak berdiam diri, selalu masam muka dan sebagainya lagi yang tidak menyenangkan diri anda. Andalah yang patut berubah.

8. Bertanggungjawab Akan Menikmati Kesan Tanggungjawab

Sebenarnya tanggungjawab wanita terhadap suaminya tidak akan berubah walaupun dunia ini menjadi semakin maju. Begitulah juga tanggungjawab suami kepada isterinya.
Selagi anda menjalankan tanggungjawab anda dengan sempurna sebagaimana yang digariskan olah agama, anda tidak perlu risau apa pun. Allah akan menempatkan anda dipihak yang benar, dan anda tidak akan rugi apa-apa.

9. Kritikan Akan Membuahkan Kritikan

Kritikan merbahaya kerana ia menjadikan lelaki itu defensif dan sedaya upaya ingin mempertahankan dirinya. Ia bahaya kerana melukakan nilai diri lelaki boleh menjejaskan rasa kepentingan dirinya dan menyebabkan dia rasa kecewa kepada anda dan mungkin akan mengkritik anda pula.

10. Beri Lelaki Apa Yang Dia Mahu

Dia akan melakukan apa sahaja untuk anda dan memberi apa yang anda mahu. Ada dua perkara besar yang dimahukan oleh manusia iaitu kehendak seks (bagi yang dah berkahwin) dan kehendak untuk menjadi penting.
Setiap orang dewasa mahukan kesihatan, makan, tidur, wang, kepuasan seks, anak-anak yang terjaga, rasa dipentingkan dan hidup yang bahagia dunia akhirat. Berilah lelaki apa yang dia mahu dan apa yang boleh anda berikan.

11. Tunjukkan Minat Tulen Terhadap Lelaki

Dia akan menunjukkan minat terhadap anda. Dengar apa yang ingin dikatakannya, walaupun ianya tentang dirinya sendiri atau mengenai kerjanya, ataupun kesukaannya. Lebih berminat anda padanya, maka lebih berminatlah dia kepada anda.

12. Senyuman Itu Tanda Kasih Yang Tidak Perlu Dibayar

Anda tidak perlu membayar apa-apa untuk senyum pada lelaki yang anda kasihi. Dia akan senyum kembali pada anda. Betapa nikmatnya senyuman yang dilemparkan kepada anda itu, begitu jugalah nikmat yang dirasanya apabila anda senyum padanya. Senyuman menyebabkan lelaki suka pada anda.

13. Panggilah Lelaki Dengan Panggilan Manja

Sebagaimana anda mahukan lelaki memanggil anda dengan nama yang baik dan nada yang lembut, begitulah pula lelaki. Dia mahukan anda memanggilnya dengan lembut, merdu dan manja, sesuai dengan sifat anda sebagai wanita.

14. Hormati Dia Sebagai Lelaki

Dia akan menghormati anda sebagai wanita. Jika anda berusaha untuk memahami sikapnya dan bertolak-ansur dengannya, dia juga akan melakukan perkara yang sama terhadap anda.
Wanita patut menghormati lelaki yang menjadi suaminya, dan memberi penghormatan tidak akan merendahkan kehormatan diri sendiri, malah menjadikan diri lebih terhormat.

15. Dengarlah Dengan Baik

Antara masalah besar dalam rumahtangga ialah apabila masing-masing suami isteri tidak mahu berbincang secara terbuka. Dengarlah dengan baik apa yang diperkatakan oleh lelaki, nescaya dia akan mendengar pula apa yang ingin anda katakan.

16. Bercakaplah Tentang Apa Yang Disukai Lelaki

Lelaki tidak suka mendengar celoteh wanita, mengenai hal-hal remeh-temeh yang biasanya diceritakan oleh wanita kepada wanita. Lebih baik bercakap perkara yang menjadi kesukaannya dan berkaitan dengan minat anda untuk membantu kerjayanya atau membantu mempertingkatkan ekonomi rumahtangga.

17. Katakanlah Bahawa Dia Penting Dalam Hidup Anda

Dia akan menganggap anda penting dalam hidupnya. Antara kesilapan wanita ialah suka merendah-rendahkan suaminya, atau menganggap bahawa sekiranya perceraian berlaku, ramai lelaki yang lebih baik seikapnya dan sifatnya yang sanggup menjadi suami. Mungkin begitu jugalah suami anda berfikir mengenai anda.

18. Jangan Katakan Penyesalan Mengahwininya

Apabila anda menyatakan penyesalan mengahwini suami, suami anda akan menyesal mengahwini anda, walaupun dia tidak menyatakannya. Menyatakan penyesalan berkahwin menunjukkan pendeknya akal anda dan lemahnya anda dalam menghadapi dugaan hidup. Sepatutnya anda berusaha untuk merasa gembira mengahwini suami anda.

19. Elakkan Pergaduhan

Ada wanita yang menunggu-nunggu saat suaminya menegurnya atau menasihatkannya, kerana dia sudah sedia dengan peluru-peluru tohmah dan kejian serta airmatanya. Untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini berkaitan rumahtangga, elakkan pergaduhan, dan janganlah anda pula yang memulakannya.

20. Jangan Menyalahkan, Minta Maaf Bila Bersalah

Sekiranya anda sukar meminta maaf atas kesalahan anda, dan sebaliknya amat suka mencari kesalahan lelaki, dia akan menganggap bahawa anda adalah seorang yang keras kepala dan keras hati, sukar dibentuk.
Lebih buruk lagi dia mungkin merasa bahawa dia telah gagal membentuk diri anda sebagai isterinya, dan mungkin bersebab dari itu, dia cuba mencari jalan keluar.

21. Hidup Bukan Hanya Di Dunia

Banyak masalah timbul kerana manusia biasanya bertindak dengan akal yang sempit dan tindakannya berbentuk keduniaan.Kejayaan anda di akhirat adalah bergantung kepada betapa baiknya anda kepada suami anda dan betapa bereskah tanggungjawab anda terhadapnya.
Jadi kepada kaum wanita, jadilah wanita yang disenangi oleh pasangan anda


Wednesday, 18 September 2013

Girls Kena Faham K !

Dear Blog 


Disiini Aku Nak Share Pasal Satu Kajian Mengenai Kaum Hawa . Ntalah . Ade Separoh Yang Aku Boleh Conisider Betul But Ade Yang Aku Nak Bantah Abiiiz-abiz . Btw , Korang Tafsiirkanlah Sendiiri Okay .


1. Wanita suka melihat sesuatu perkara remeh bagi lelaki itu sebagai perkara besar, contohnya soal pilih gerai makan. Wanita cerewet mengenai pemilihan gerai makan sehingga suka tarik muka jika gerai itu tidak
berkenan di hati sedangkan lelaki anggap soal makan di mana saja boleh.

2. Wanita sensitif tidak tentu pasal kerana inginkan perhatian sedangkan lelaki banyak perkara penting yang mereka hendak fikir.

3. Wanita suka sangat diberikan perhatian dan manja tidak bertempat dan sikap ini menyebabkan mereka sentiasa ‘syok sendiri’ dan suka dipuji, jika tidak dipuji mereka akan merajuk.

4. Wanita terlalu perasan dan mudah menjeruk perasaan kerana sering mengharapkan lelaki memahami mereka sedangkan mereka tidak mahu memahami lelaki.

5. Lelaki tidak suka menunjukkan perasaan mereka melalui kata-kata, tetapi hanya memerhati dan bersikap tanggungjawab pada wanita. Wanita kena menerima hakikat itu.

6. Suka membeli-belah terlalu lama hingga membosankan lelaki, ini sebabnya lelaki malas dan tidak beri perhatian pada sikap wanita yang suka sangat menghabiskan masa untuk tujuan itu.

7. Terlalu banyak cakap mengenai diri orang lain dan mudah ke arah ‘mengata dan mengutuk’ jika dilayan kata-kata mereka, ini menyebabkan lelaki suka berdiam diri.

8. Lelaki lebih suka menyuarakan perasaan hati mereka melalui perbuatan dan bukan perkataan.

9. Lelaki suka berdiam diri dan tidak suka bising dan ini tidak bermakna mereka tidak prihatin kepada teman wanita .

10. Lelaki tidak suka diperintah, dikongkong dan dikawal dan jika  teman wanita melakukan pengawalan itu pada lelaki, lelaki akan bosan dan tidak akan memberi perhatian kepada apa juga permintaan wanita.

11. Wanita kurang bijak dalam melahirkan kasih sayang melalui perbuatan menunjukkan kasih sayang pada pasangan, tetapi hanya mengharapkan pasangan memberi kasih sayang itu.

12. Jangan terlalu bergantung pada teman lelaki pada perkara yang mampu wanita lakukan, tetapi wanita suka bergantung harap sangat pada BF dengan tujuan agar BF sentiasa berada di samping mereka. Ini tidak digemari teman lelaki.

13. Wanita mesti memahami diri mereka sendiri dan peranan mereka, dan ubahlah perangai mengikut peringkat umur dan keperluan. Jika masih muda elok juga jika merajuk, tetapi jika sudah mempunyai anak ramai dan berusia, janganlah selalu merajuk – buruk!

14. Wanita jadikan diri mereka contoh yang baik dan merajuk memburukkan persepsi lelaki, jadi janganlah bersikap seperti budak-budak kecil.

15. Wanita suka bertanya itu ini pada teman lelaki tetapi tidak suka pada jawapan yang diberikan oleh teman lelaki. Ini membuatkan teman bosan untuk melayan soalan wanita itu.

16. Wanita banyak maksud dan tujuan dalam perbuatan mereka, jika dilayan, mereka kadangkala mengambil kesempatan daripada keprihatinan yang diberikan kepada mereka.

17. Wanita jangan suka menunjuk-nunjuk kecantikan, kepandaian dan kekayaan mereka dan sebagainya dan inginkan dilayan ala ‘puteri’ kerana kelebihan itu hingga membodohkan lelaki. Lelaki tidak ada minat untuk melayan kerenah wanita seperti itu.



Well . Not Bad & Too Much informatioin I Think . Okay Guys . We Know Now .

kelip-kelip

Love Quotes, Love Quotes Images, Love Sayings

◕‿◕ LåÐ¥ïrrå ◕‿◕

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...