http//: irra harahap@blogspot.com

mencari CINTA sejati bagi menerangi kegelapan hati .. meminta simpati pada yang sudi memberi .. merindu pada mereka yang tidak memahami .. memohon RESTU pada yang mungkin tidak mengenali .. terima kasih atas segala kesaakitan .. semua akan terbalas kerana TUHAN sentiasa di sisi .. In Shaa Allah :)

Sunday, 27 January 2013

Rasa Hati


Dear Blog

Hai .. sudah lama rasanya irra tidak menulis bukan ? .. malam ini , hari ini & detik ini . untuk yang keberapa juta kalinya irra menangis pada dosa-dosa yang irra lakukan .. hmm , betul kata orang , tahu sahaja tapi jika tidak melakukan sebarang perubahan untuk membaiki diri untuk apakan .. sia-sia air mata itu , kerana tiada apa yang berubah .. hari ini menagis & esok melakukan kembali perkara jijik lagi & lagi . irra sudah jauh lari dari landasan , mampukah insan keji seperti irra menerima hidayah allah ? irra insan yang bodoh ilmu , banyak lagi yang irra perlu dalami untuk mencari keredhaan NYA . dari kecil hinggalah sudah mencecah 20 tahun , satu perubahan langsung tiada dalam kamus hidup irra . masa semakin hari semakin cepat berlalu & irra masih tergapai-gapai melihat arus masa yang berlari meningalkan irra yang ketandusan segalanya .

Dalam meniti usia remaja , irra buat pertama kalinya terjatuh & terus tersasar dari pegangan irra selama ini . betul apa kata orang , cinta itu tak pernah buta , tetapi manusia yang jahil itulah yang membutakan mata , hati & fikiran waras mereka demi cinta . adakah cinta yang irra rasa ini cinta suci & ikhlas ? atau cinta yang berlandaskan nafsu syaitan semata-mata ? sumpah irra tidak mahu meletakkan cinta irra itu dengan nama cinta daripada syaitan ! irra tidak sesekali memburukan cinta yang irra bina , tapi adakah irra membohongi diri irra sendiri , adakah segala dosa yang kami lakukan kerana atas lafaz cinta kononnya itu boleh dinamakan cinta yang halal ?? mana mungkin yang haram dapat kita halalkan ! berpijaklah pada bumi yang nyata wahai irra ! cinta itu akan lebih indah bila ianya diredhai .


Pertemuan & detik itu , melalaikan irra dengan nama cinta . irra menyanyangi atas dasar sayang yang teramat . tidak pernah sekali pun irra jatuh cinta , dialah yang pertama & adakah dia mungkin yang terakhir buat irra ? hampir setahun lebih kami telah bersahabat , selama itulah air mata tidak pernah surut di mata irra . kerana pengalamanya yang berjuta dengan bekas-bekas kekasihnya , irra dihukum atas sebab tidak mahu pisang berbuah dua kali . irra tetap bersabar kerana bagi irra jika Dia tidak sayang masakan dia bertidak sedemikian . setiap langkah irra harus mendapat persetujuannya terlebih dahulu , setiap detik waktu irra harus ada bila dia mahu, setiap nafas irra harus hanya ada dia , irra dilarang bercakap & memandang manusia yang berlawanan jantina . irra terima atas dasar sayang . di dalam kelas irra bagai patung yang tidak boleh toleh kekiri , kanan , & belakang . sekiranya iira melakukan itu , irra akan disiasat dengan makia-makian yang menghiris hati . hati irra terdetik , cintakah itu ? siapa dia hingga melayan irra sebegitu , suamikah ? tunang ? jawapan yang pasti , dia hanya teman istimewa . tiada yang melebihi ! Dia insan yang irra cintai !!

kelip-kelip

Love Quotes, Love Quotes Images, Love Sayings

◕‿◕ LåÐ¥ïrrå ◕‿◕

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...