http//: irra harahap@blogspot.com

mencari CINTA sejati bagi menerangi kegelapan hati .. meminta simpati pada yang sudi memberi .. merindu pada mereka yang tidak memahami .. memohon RESTU pada yang mungkin tidak mengenali .. terima kasih atas segala kesaakitan .. semua akan terbalas kerana TUHAN sentiasa di sisi .. In Shaa Allah :)

Wednesday, 6 March 2013

Tarikh Lahir Saya dan Awak


Dear Blog

Saja au nak share benda ni . Buat hilang boring je . Ahaksss . Layannn k * Jangan percaya bulat-bulat kerana kajian ini secara majoriti (lazimnya), kerana semuanya atas diri kita nak berubah. Ambil pengajaran sahaja dan jadi yang lebih baik.



Kalau anda dilahirkan pada 1Hb, 10Hb, 19Hb, 28Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.1
Kalau anda dilahirkan pada 2Hb, 11Hb, 20Hb, 29Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.2
Kalau anda dilahirkan pada 3Hb, 12Hb, 21Hb, 30Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.3
Kalau anda dilahirkan pada 4Hb, 13Hb, 22Hb, 31Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.4
Kalau anda dilahirkan pada 5Hb, 14Hb, 23Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.5
Kalau anda dilahirkan pada 6Hb, 15Hb, 24Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.6
Kalau anda dilahirkan pada 7Hb, 16Hb, 25Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.7
Kalau anda dilahirkan pada 8Hb, 17Hb, 26Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.8
Kalau anda dilahirkan pada 9Hb, 18Hb, 27Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.9

no.1

—-
Anda sangat cerdik, jujur, lucu, degil, rajin, terus-terang, cemburu dalam asas pertandingan, baik hati, peramah dan autoriti. Anda ingin mendahului dalam apa jua keadaan. Anda seorang yang berdikari, berkeyakinan dan tidak pernah berada di bawah pimpinan orang lain. Anda akan bercinta dalam usia yang muda tapi akan berkahwin pada usia yang matang. Anda tidak suka akan orang yang bertentangan pendapat dengan anda. Malah anda juga menyimpan dendam dengan orang yang bersalah dengan anda. Anda seorang yang kuat belanja. Pada masa hadapan anda adalah professional dalam kerjaya yang anda ceburi. Namun terdapat juga orang yang kecil hati dengan pencapaian anda. Anda mempunyai keluarga yang bahagia. Pasangan ideal anda adalah no.4, 6, 8.

no.2
—-
Tak kira apa pun, anda akan disukai oleh semua orang kerana anda berperanankan Bulan dan semua orang suka akan bulan. Em…bagus! Anda suka bermimpi siang. Anda kurang berkeyakinan terhadap diri sendiri. Jadi and perlu membuat perubahan ke atas hidup anda. Anda adalah seorang yang sukar diramal kerana anda membuat perubahan berdasarkan masa dan keadaan. Anda juga seorang yang mementingkan diri sendiri tetapi and mempunyai bakat dalam muzikal, seni dan komunikasi lisan. Sikap anda seperti bulan yang datang keredupan dan pudar jadi semua orang boleh mengetahui perubahan anda. Anda boleh menjadi Mahatma Gandhi yang kedua kerana cinta akan keamanan. Anda juga seorang yang bertanggungjawab dalam keluarga. Pasangan ideal anda adalah no.2, 5, 9.

no.3
—-
Anda adalah seorang yang berhati keras, pentingkan diri sendiri, kuat agama dan suka untuk mempertingkatkan kehidupan sendiri. Anda mempunyai masalah keluarga dan anda dapat mengharungi dengan kesabaran anda. Anda sangat pandai bercakap, wajah yang cantik, jadi ke mana saja anda pergi anda akan dapat apa yang anda inginkan. Daripada hari lahir anda, anda perlu berkerja keras untuk berjaya. Anda juga seorang yang menghormati orang yang lebih tua daripada anda. Bukannya senang nak menjalinkan hubungan sama ada percintaan, kekeluargaan atau persahabatan. Sekiranya anda suka akan sikap seseorang itu, maka hubungan itu akan berpanjangan. Anda suka akan kebebasan, pencipta di mana ada anda akan membawa harapan, kegembiraan dan keceriaan ke dunia ini. Pasangan ideal anda adalah no.6, 9.

no.4
—-
Anda adalah seorang yang amat degil dan rajin. Mungkin anda akan menjauhkan orang lain daripada anda kerana kata-kata anda. Anda seorang yang bertimbang rasa akan masalah orang lain. Anda berbakat dalam penyelidikan dan seni. Anda akan membantu ahli keluarga atau kawan-kawan yang menghadapi masalah tanpa berfikir panjang. Anda kena berhati-hati dengan orang sekeliling anda kerana mereka mungkin akan mempergunakan anda. Kawan-kawan anda akan menghabiskan masa dan wang ringgit anda dan selepas itu menjauhi daripada anda apabila anda dah tak ada nilai buat mereka lagi. Walau bagaimanapun anda tetap seorang yang sabar dan tegas. Pasangan ideal anda adalah no.1, 8.

no.5
—-
Anda sangat popular dalam komuniti. Anda boleh menyelesaikan sesuatu perkara hanya secara lisan. Anda mempunyai akal fikiran dalam menjalani perniagaan. Namun anda terlalu terburu-buru. Anda adalah seorang yang humor di kalangan kawan-kawan dan ahli keluarga. Kawan-kawan dan ahli keluarga anda juga akan minta bantuan anda apabila mereka memerlukan bantuan. Anda bukan seorang yang setia dalam hubungan percintaan. Anda suka perubahan dan kebebasan. Anda mempunyai ciri-ciri seorang pengembara dan ahli silap mata. Anda mempelajari hidup melalui pengalaman. Pasangan ideal anda adalah no.1 , 2, 9.

no.6
—-
Anda dilahirkan untuk menikmati hidup ini. Anda tidak pedulikan apa-apa perkara dan hanya ingin berseronok dalam hidup anda saja. Anda sangat pandai dalam pelajaran dan pengurusan perniagaan. Anda seorang genius, baik hati (tapi hanya orang yang beranggapan anda orang baik), mempunyai paras rupa yang cantik atau kacak. Semua benda yang baik akan datang pada anda. Anda mengambil berat ke atas ahli keluarga dan kawan-kawan anda. Pada pandangan mereka, anda adalah seorang yang murah hati, peramah, adil saksama dan mempunyai penilaian yang tajam. Pasangan ideal anda adalah no.1, 3, 9.

no.7
—-
Anda mempunyai daya tarikan kepada sesiapa saja. Anda adalah seorang yang realistik, yakin, gembira dan merupakan seorang yang genius dalam bidang pendidikan, muzik, seni dan nyanyian. Anda mempunyai masalah sikap iaitu panas baran. Namun demikian, anda banyak melakukan pengorbanan untuk keluarga. Anda meletakkan keluarga di tempat yang amat tinggi sekali sehingga kadang-kadang mengabaikan kebahagian diri sendiri. Anda telah dilahirkan untuk memberi sumbangan kepada dunia ini. Jadi anda seorang yang bagus dan seorang yang amat gembira. Pasangan ideal anda adalah no.2.

no.8
—-
Anda mempunyai personaliti yang sangat kuat jadi tak ada orang yang memahami anda. Kepakaran anda hanyalah menuding jari pada sesuatu benda. Anda juga mengalami pelbagai dugaan dalam hidup. Semua masalah ini telah menjadikan anda lebih kuat dan tabah. Anda memperjuangkan keadilan. Kebanyakan masa anda telah dihabiskan bersama-sama dengan kawan-kawan. Anda seorang yang disiplin dalam hidup, tidak putus asa dan berani. Faktor-faktor ini telah membawa anda ke puncak kejayaan. Anda juga adalah seorang ahli pasukan, keluarga dan pejuang yang sangat bagus. Pasangan ideal anda adalah no.1, 4.

no.9
—-
Anda adalah seorang yang sangat tabah dari segi fizikal dan juga mental. Anda mempunyai penilaian yang sangat tajam. Anda juga adalah seorang yang sangat dihormati dalam komuniti. Anda adalah orang yang boleh menerima cabaran dan berjaya dalam apa jua yang anda buat. Pada usia yang muda anda selalu bertentangan dengan ibu bapa anda. Tapi apabila usia anda telah semakin meningkat anda adalah seorang anak yang taat dan hormati mereka. Anda sesuai menceburi bigan kejuruteraan atau perbankan kerana orang lain percaya dan yakin akan anda. Anda merupakan model teladan kepada orang lain. Pasangan ideal anda adalah no. 3 . 5 . 6 .

Tuesday, 5 March 2013

Look Up Your Birthday And See What You Are

Dear Blog 

This update just for fun okay . Jangan percaya sangat pon . Okay . Enjoyyy :)

February 22 - 28 ~ Panther

If you are a Panther : You are mysterious. You are someone who can handle pressure with ease, and can handle any atmosphere without going berserk. You can be mean at times, and love to gossip with your selected group. Very prim and proper. You like all situations and things to be in the way you desire, which, sometimes is not possible. As a result, you may lose out in some relationships. But otherwise, you love to help people out from difficult and tight spots when they really need you.Repost This If It's True For You.!!


December 26 - 31 ~ Dove

If you are a Dove : You symbolize a very happy-go-lucky approach in life. Whatever the surroundings may be, grim or cheerful, you remain unaffected. In fact, you spread cheer wherever you go. You are the leader of your group of friends and good at consoling people in their times of need. You dislike hypocrisy and tend to shirk away from hypocrites. They can never be in your good books, no matter what. You are very methodical and organized in your work. No amount of mess, hence, can ever encompass you. Beware, it is easy for you to fall in love

Sunday, 3 March 2013

Tentang Sesuatu

Dear Blog

Setiap manusia yang ada dimuka bumi ini mempunyai pendapat & pandangan yang berbeza tentang CINTA . Begitu juga aku . Dari dulu lagi aku jaga hati & perasaan aku dari dibelenggu CINTA . Walaupun luaran aku sebegini , tetapi jangan tak percaya taw . Aku memang macam ni sejak kecil lagi . Lelaki adalah kaum yang berbeza dari aku . Dari kecil aku sentiasa berwaspada dengan lelaki . Berkawan , tetapi dengan had tertentu . Sejak tadika sehinggalah sekolah rendah . Boleh dikira berapa keralah sahabat aku yang bergelar lelaki. Ahakssss .

Bila usia menginjak remaja . Aku memilih sekolah perempuan tempat aku menimba ilmu . Bagi aku disana nanti aku dapat membendung hati aku dari CINTA monyet . Yelaa kan . Nama pon remaja . Memang tak lari daripada CINTA . Tapi tidak pada aku .Selagi mampu elak aku elak . Bukan tiada yang nak menjadi teman tapi mesra hati ini . Tapi aku terlalu alergik dengan lelaki . Entahlah , mungkin aku memandang lelaki terlalu kehadapan kot . Faham maksud aku ? Ahaksss . Tak apa kalau tak faham . 1 hari kamu akan faham okay .

Nama pon remaja . Aku tak lari daripada CINTA lelaki . Tapi , semua kawan-kawan lelaki aku semuanya aku kenal dari bangku sekolah rendah lagi . Tiada lelaki yang aku kenal pada zaman sekolah menengah aku . Ahaksss . Mesti orang tak percayakan , Dah aku sekolah perempuan nak kenal JANTAN at mana lagi . Aku bukan perempuan tepi jalan yang mudah rapat dengan sebarangan orang . Aku tahu jaga diri aku . Aku yang had kan pergaulan aku . Mungkin kerana cara aku yang sebegitu mama papa sangat percaya pada aku. Tapi aku masih tidak gunakan kepercayaan mama papa pada aku . Baik tak aku . Bukan baik , tapi pada aku belum masa nya lagi aku nak hidup bagaikan remaja macam mereka diluar sana . Belum lagi .

Selepas SPM . Aku mengambil keputusan untuk bekerja . Buat pertama kali dalam hidup aku . Aku bekerja . Ahakssss . Sebulan pertama aku bekerja dikedai baju di pekan kawasan tempat tinggal aku . Bulan kedua aku bekerja dikilang di shah alam . Packing Cadbury . Nyumm Nyum . Sekarang , abrulah hidup remaja aku bermula ! Bagi aku selagi aku memakai seragam sekolah . Aku masih terlalu naif untuk kenal HIDUP & CINTA ! Yes . Aku dah 18 tahun . itulah masanya aku berjuang sebagai remaja . Ahaksss . Lama aku bersabarkan . Walupun tudung labuh tiada diatas kepala aku . Aku still mampu jaga hati aku dari dikotorkan oleh CINTA . Alhamdulillah . Tahniah untuk aku . Jadi Dont Judge AKU hanya kerana aku tidak berjubah & bertudung labuh . Segalanya DIA yang tulis .

18 tahun . Disitulah segalanya bermula . Berkawan dengan lelaki . Tapi masih mengehadkan pergaulan . Tiada atas dasar CINTA langsung . Biarlah berteman tapi mesra . Walau begitu , aku masih terlalu jauh dengan CINTA . Bukan disitu tempatnya menemui CINTA . Bukan dikilang tempat aku mencari rezeki . Bukan dimall tempat aku bergembira . Bukan disekolah tempat aku menimba ilmu . Bukan ditempat yang tiada aras tuju hidup . Bukan ! Aku masih punya hargai diri untuk meletakkan CINTA pertama aku & biarlah ditempat yang wajar . Tempat yang betul arah tujunya .

September 2011 . Aku mula bergelar PELAJAR kembali . Menjadi student disebuah kolej swasta . Aku jumpa beragam jenis LELAKI yang kononnya mampu SETIA . Aku bukan perempuan itu wahai kawan . Aku masih mampu mengelak godaan CINTA LELAKI . Namun , segalanya telah tertulis oleh penciptanya . Aku hanya mampu terima dengan menolak segala persoalan yang datang . Disember 2011 . Segalanya bermula tentang aku dengan CINTA . Selebihnya biarlah menjadi rahsia dihati remaja aku kini . 

Kini aku telah genap 20 tahun . Aku dengan Cinta telah bersahabat selama hampir 2 tahun. Segalanya bermula dengan ego . Bukan CINTA . Namun perancanganNYA lebih indah . Aku terima bahawa LELAKI itu CINTA pertama dihati . Selebihnya biarlah DIA yang aturkan . In Shaa Allah segalanya pasti punya makna :) .

saya harap awak jodoh saya di luh mahfuz nanti.. :' 
In Shaa Allah

kelip-kelip

Love Quotes, Love Quotes Images, Love Sayings

◕‿◕ LåÐ¥ïrrå ◕‿◕

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...